2 Januari 2022 (Ahad) - Alhamdulillah, selesai Retreat GDM 2022 yang telah berlangsung seharian di Pusat Komuniti IKRAM Ampang Jaya. GDM mulakan tahun baru ini dengan melihat kembali usaha-usaha yang telah dilaksanakan tahun lalu dan merancang untuk penambahbaikan bagi tahun ini. Jazakumullah Khairan Kathira diucapkan kepada semua Ahli Jawatankuasa GDM,...
MISI BANTUAN KEPADA MANGSA BANJIR DI TEMERLOH PAHANG
29 Disember 2021 (Rabu) - Gabungan Dakwah Malaysia (GDM) telah menyertai misi banjir anjuran Angkatan Dakwah Antarabangsa Malaysia (ADAM) salah sebuah NGO naungan GDM bagi menyalurkan sumbangan kepada mangsa-mangsa banjir di Temerloh. Wakil GDM dalam misi ini telah diwakili oleh Puan Che Anizah Mohd Zain, Timbalan Pengerusi GDM dan juga...
MAJLIS PENYERAHAN SUMBANGAN BANJIR KEPADA NGO-NGO NAUNGAN GDM
24 Disember 2021 - Gabungan Dakwah Malaysia (GDM) telah mengenalpasti beberapa NGO naungan GDM yang sedang membuat kutipan untuk membantu mangsa banjir. Oleh itu, GDM juga turut sama menyumbang bagi tujuan tersebut. Golongan mualaf terkesan banjir adalah penerima utama sumbangan daripada GDM. Semoga dengan sumbangan yang tidak seberapa ini dapat...
Profesor Datuk ChM. Ts. Dr. Taufiq Yap Yun Hin dilantik PENGERUSI JK Pengurusan Mualaf Negeri Sabah Majlis Tertinggi MUIS
Tahniah kepada Profesor Datuk ChM. Ts. Dr. Taufiq Yap Yun Hin (Presiden, Malaysian Chinese Muslim Association MACMA) atas pelantikan sebagai PENGERUSI jawatankuasa Pengurusan Mualaf Negeri Sabah Majlis Tertinggi MUIS berkuat kuasa 1 November sehingga 31 Oktober 2024. Ikhlas Daripada Gabungan Dakwah Malaysia
MAJLIS RAMAH MESRA
14 November 2021 (Ahad) – Alhamdulillah, Gabungan Dakwah Malaysia (GDM) telah mengadakan Majlis Ramah Mesra Keluarga Malaysia sempena Maulidur Rasul 2021 bertempat di Kuala Lumpur Golf & Country Club (KLGCC) yang dihadiri oleh pewakilan NGO pelbagai kaum dan agama. Majlis ini diadakan bertujuan mencari persamaan antara pelbagai kaum dan agama...
SALAM MAAL HIJRAH 1443 H / 2021 M
Gabungan Dakwah Malaysia (GDM) mengucapkan selamat menyambut Awal Muharram Tahun 1443H. Semoga usaha dakwah yang dijalankan dapat menghidupkan suasana harmoni dalam kalangan masyarakat majmuk. "MANHAJ RABBANI, UMMAH BERKUALITI" #GabunganDakwahMalaysia #ManhajRabbaniUmmahBerkualiti #MaálHijrah443H
Tahniah Angkatan Belia Islam Malaysia (ABIM)
Gabungan Dakwah Malaysia (GDM) mengucapkan tahniah kepada Angkatan Belia Islam Malaysia / Muslim Youth Movement of Malaysia (ABIM) atas Sambutan 50 Tahun penubuhan dengan tema "Separuh Abad: Gerakan Ilmu dan Bakti"..Semoga ABIM terus bergerak aktif dalam usaha- usaha mereliasasikan cita cita Islamiyyah. #GabunganDakwahMalaysia#MembudayakanDakwah
MUKTAMAR NASIONAL TAHUNAN GDM 2021
7 Ogos 2021 (Sabtu) - Alhamdulillah, selesai sudah Muktamar Nasional Tahunan GDM 2021 yang berlangsung semalam yang pertama kali diadakan secara maya. Seramai lebih kurang 100 orang lebih yang mengikut muktamar tersebut yang terdiri daripada pewakilan NGO-NGO GDM di peringkat pusat dan NGO-NGO GDM Cawangan di peringkat negeri serta pemerhati....
ZIARAH MAHABBAH KE GDM MELAKA
13 Julai 2021 - Gabungan Dakwah Malaysia Pusat yang terdiri daripada Hj. Wan Ahmad Nizar Zakaria; Pengerusi GDM Pusat, Pn. Che Anizah, Timb. Pengerusi; En. Abdul Ghaffar, Ketua Pegawai Eksekutif; beberapa orang ahli jawatankuasa GDM dan staf GDM telah mengadakan Ziarah Mahabbah ke GDM Cawangan Melaka secara maya. Ziarah ini...
SEMINAR DAKWAH MASYARAKAT MAJMUK (DMM) FASA 2 SECARA ONLINE
Gabungan Dakwah Malaysia (GDM) bersama Hidayah Centre Foundation (HCF) akan menganjurkan Seminar Dakwah Masyarakat Majmuk (DMM) Fasa 2 secara online melalui aplikasi zoom. Maklumat adalah seperti berikut : TARIKH : 17 & 18 Julai 2021 (Sabtu & Ahad) MASA : 8.30 pagi - 1.30 petang MEDIUM : Zoom Video Conferencing...