LATIHAN DAKWAH ASARA-PK

14 Mac 2022 (Isnin)- Alhamdulillah. Semalam, Gabungan Dakwah Malaysia Cawangan Negeri Kelantan telah berjaya mengadakan Taklimat Latihan Dakwah ASARA-PK (Close The Sale) : Formula Mudah & Efektif Menjelaskan Islam Kepada Masyarakat Majmuk secara atas talian melalui aplikasi Zoom yang disampaikan oleh Tuan Noli Husain. Seramai lebih 60 orang telah menyertai taklimat online tersebut.

Di akhir program, telah diadakan taklimat ringkas berkaitan Kempen Kenali Al-Quran oleh En Abdul Ghffar Sharif, Ketua Pegawai Eksekutif GDM yang akan berlangsung sepanjang bulan ramadan tidak lama lagi.

Semoga ilmu yang disampaikan ini, akan melahirkan lebih ramai lagi para pendakwah seterusnya melonjakkan usaha-usaha dakwah di seluruh negara Malaysia. InsyaAllah, Ameennnnn.

#GabunganDakwahMalaysia