Muzakarah GDM Pusat Bersama GDM Cawangan Negeri Dan Pelancaran Sistem GDM secara Maya

19 Februari 2022 – Alhamdulillah, baru-baru ini Gabungan Dakwah Malaysia telah berjaya menganjurkan sesi Muzakarah GDM Pusat Bersama GDM Cawangan Negeri secara Maya. Sesi yang berlangsung hampir 4 jam dapat diikuti dengan jayanya oleh perwakilan GDM seluruh negara termasuk Sabah & Sarawak.

Tujuan utama muzakarah ini adalah untuk menurunkan perancangan GDM Pusat 2022 kepada GDM Negeri di samping berkongsi aktiviti-aktiviti GDM yang berimpak tinggi yang wajar dikongsikan dan dijadikan contoh.

Muzakarah dimulakan dengan ucapan pembukaan oleh Tuan Hj. Ir. Wan Ahmad Nizar Bin Zakaria, Pengerusi GDM seterusnya penurunan perancangan GDM Pusat oleh En. Abdul Ghaffar, Ketua Pegawai Eksekutif, GDM.

Pewakilan GDM Negeri juga turut diberi peluang untuk berkongsi pengalaman dakwah di tempat masing-masing. Kebanyakan perwakilan GDM Negeri lebih termotivasi apabila mendengar sesi perkongsian mengenai pengalaman berdakwah di pelbagai lapangan.

Diakhir muzakarah, diadakan pelancaran Sistem GDM atau dikenali sebagai GDM Infosistem (GDMi) untuk digunapakai oleh semua NGO yang bersama GDM diperingkat Pusat dan Negeri. Sistem ini diwujudkan bagi mengintegrasi data dan menyelaras aktiviti-aktiviti yang dilaksanakan oleh NGO.

Doakan semoga GDM terus maju dalam menyelaras usaha-usaha dakwah dan menyantuni mualaf di seluruh negara Malaysia yang kita cintai ini.

Jom! Kongsi pahala bersama GDM dalam usaha menyelaras usaha dakwah & menyantuni mualaf.

#GabunganDakwahMalaysia