KUNJUNGAN HORMAT GDM KE KOLEJ UNIVERSITI ISLAM ANTARABANGSA SELANGOR (KUIS)

27 Januari 2022 (Khamis) – Untuk memastikan dakwah terus berkembang serta misi dan visi GDM dicapai, GDM melalui unit Penyelidikan dan Pembangunan (R&D) telah mengadakan kunjungan hormat ke Jabatan Dakwah dan Usuluddin, Kolej Universiti Islam Antarabangsa Selangor (KUIS).

Tujuan utama kunjungan ini adalah untuk mengadakan kolaborasi kerjasama antara GDM dengan Jabatan Dakwah dan Usuluddin, KUIS di samping ingin memperkenalkan GDM.

Antara kerjasama yang bakal dijalankan antara GDM dengan Jabatan Dakwah dan Usuluddin, KUIS ialah:

1. Khidmat nasihat serta pelaksanaan kajian dalam bidang dakwah,

2. Kerjasama dalam pelaksanaan program dakwah,

3. Menempatkan pelajar latihan industri dalam membantu GDM,

4. Akses kepada kajian-kajian yang telah dilaksanakan dalam bidang dakwah.

Kunjungan ini telah diketuai oleh Ir. Hj. Wan Ahmad Nizar Zakaria, Pengerusi GDM dan turut bersama 5 orang yang terdiri dari exco dan unit Penyelidikan dan Pembangunan (R&D) GDM. Pihak Jabatan Dakwah dan Usuluddin, KUIS pula diketuai oleh Dr. Nurhanisah Binti Senin, Ketua Jabatan Dakwah & Usuluddin dan turut bersama 7 orang pensyarah Jabatan Dakwah dan Usuluddin.

GDM sangat menghargai layanan pihak Jabatan Dakwah dan Usuluddin, KUIS dalam menyambut kedatangan kami dan kerjasama yang bakal dijalankan ini. Semoga usaha bersama ini akan membuahkan hasil yang akan melonjakkan lagi dakwah di Malaysia seterusnya lebih ramai yang menerima Islam. Ameennnnn..