MISI BANTUAN KEPADA MANGSA BANJIR DI TEMERLOH PAHANG

29 Disember 2021 (Rabu) – Gabungan Dakwah Malaysia (GDM) telah menyertai misi banjir anjuran Angkatan Dakwah Antarabangsa Malaysia (ADAM) salah sebuah NGO naungan GDM bagi menyalurkan sumbangan kepada mangsa-mangsa banjir di Temerloh.

Wakil GDM dalam misi ini telah diwakili oleh Puan Che Anizah Mohd Zain, Timbalan Pengerusi GDM dan juga En. Mirza selaku media GDM. Manakala wakil ADAM pula diketuai oleh Ustaz Jailani Jasmani, Pengerusi ADAM serta Ustaz Muhammad Nasib Zawawi, Exco ADAM juga merupakan Exco GDM.

Sumbangan disampaikan kepada penduduk yang terjejas di beberapa kampung dan taman seperti Kg Pangsenam, Kg Pengkalan Jaya, Taman Seri Lebak dan lain-lain.

Semoga usaha yang kecil ini dapat membantu meringankan sedikit beban yang dihadapi oleh mangsa banjir. .Terima kasih kepada semua yang telah menyumbang dalam misi ini. Jazakumullahu Khairan Kathira.

Jom Berkongsi Pahala❗.Sampaikan sumbangan tuan/puan di:

📌https://infak.dakwah.org.my/dana-aktiviti-gdm/.

Atau salurkan ke :

GABUNGAN DAKWAH MALAYSIABank Rakyat No Akaun ( 1100043479 ).

Facebook : https://www.facebook.com/GabunganDakwahMalaysia

Website : dakwah.org.my.

#GabunganDakwahMalaysia

#KongsiPahala