Retreat Gabungan Dakwah Malaysia 2022

2 Januari 2022 (Ahad) – Alhamdulillah, selesai Retreat GDM 2022 yang telah berlangsung seharian di Pusat Komuniti IKRAM Ampang Jaya. GDM mulakan tahun baru ini dengan melihat kembali usaha-usaha yang telah dilaksanakan tahun lalu dan merancang untuk penambahbaikan bagi tahun ini.

Jazakumullah Khairan Kathira diucapkan kepada semua Ahli Jawatankuasa GDM, kakitangan GDM, wakil-wakil NGO naungan dan penggerak-penggerak Teras Strategik yang hadir dan bersama-sama menjayakan program ini.

Semoga apa yang telah dibincangkan dan diputuskan, akan berjalan lancar, tersusun dan sistematik seterusnya mendapat keredhaan dari Allah. Kita berdoa agar dakwah kepada masyarakat majmuk akan tersebar luas dan lebih ramai yang mendapat hidayah dari Allah s.w.t.

#GabunganDakwahMalaysia

sebarkandakwah #tanggungjawabbersama