PENGENALAN

Gabungan Dakwah Malaysia (GDM) merupakan sebuah gabungan yang berdaftar secara rasmi di bawah Jabatan Pendaftaran Pertubuhan Malaysia (PPM-019014-20092017) pada 20 September 2017.



GDM ditubuhkan berteraskan firman Allah taala dalam surah
As-Saff  ayat 4 :

إِنَّ اللَّهَ يُحِبُّ الَّذِينَ يُقَاتِلُونَ فِي سَبِيلِهِ صَفّاً كَأَنَّهُم بُنيَانٌ مَّرْصُوصٌ

maksudnya: Sesungguhnya Allah mengasihi orang-orang yang berperang untuk membela agamaNya, dalam barisan yang teratur rapi, seolah-olah mereka sebuah bangunan yang tersusun kukuh.

Gabungan ini telah mengumpulkan lebih 30 buah Badan Bukan Kerajaan (NGO) yang memberi fokus dakwah kepada masyarakat majmuk di antaranya Al-Hidayah, Hidayah Centre Foundation, MACMA, HALUAN dan lain lagi.


MISI :

i.       Menyelaraskan dakwah kepada masyarakat majmuk

ii.       Untuk menyampaikan risalah Islam yang sebenar serta memperbetulkan persepsi yang tidak tepat kepada masyarakat majmuk

iii.      Membantu, membangun dan mengupayakan golongan muallaf


WAWASAN 2035 :

1. Masyarakat majmuk yang faham dan senang dengan Islam

2. Masyarakat majmuk menerima Islam

3. Mengekalkan yang sudah Islam agar istiqamah bersama Islam


4. Menjadi negara Islam contoh dalam dakwah kepada
golongan masyarakat majmuk

 

Gabungan Dakwah Malaysia berjuang untuk mencapai misi dan wasasan ini dengan menjalinkan hubungan baik, memimpin dan membantu individu muslim dan organisasi dakwah Islam dalam usaha memperkasakan usaha yang sama di Malaysia.


ahli jawatankuasa

IR HJ WAN AHMAD NIZAR ZAKARIA
Pengerusi
Tresurer
PN CHE ANIZAH MOHD ZAIN
Timb. Pengerusi
IMG_3145 WEBSITE
IR MOHD AZHAR HELMI SOO ABDULLAH
Setiausaha Agung
azhar soo