Alhamdulillah pada 3 & 4 Oktober (Sabtu & Ahad) yang lalu telah berlangsungnya Retreat GDM yang diadakan di Kinrara Resort, Puchong. Seramai 32 orang peserta telah hadir yang terdiri daripada Ahli Jawatankuasa GDM Pusat dan wakil pertubuhan-pertubuhan Islam bukan kerajaan seperti MACMA, AL-HIDAYAH, HCF, JAMâIYA, ADAM, BELIA HARMONI, DARUL FITRAH, RICOI, PKDMMS dan BECU.
Objektif utama penganjuran retreat ini adalah untuk menjelaskan misi dan halatuju GDM khususnya kepada Ahli Jawatankuasa yang baru dilantik bagi sesi 2020-2022. Selain itu, menyemak semula perancangan Pelan Dakwah Kebangsaan (PDK) dan merangka aktiviti-aktiviti Gabungan Dakwah Malaysia bagi tahun 2021.
Di akhir program, pembahagian kumpulan mengikut sektor-sektor strategik (KRA) telah dibentuk agar perancangan yang telah dibincangkan dapat dilaksanakan dengan sebaiknya.
Semoga melalui usaha-usaha yang berperancangan ini, dakwah di Malaysia akan berjalan dengan lancar, tersusun dan sistematik. Seterusnya, kita berdoa agar Dakwah kepada masyarakat majmuk juga akan tersebar luas dan mendapat hidayah dari Allah s.w.t.