KUNJUNGAN HORMAT MAHABBAH GDM KEPADA MASJID NEGERI SELANGOR GUIDE (MNSG)

29 September – Semalam telah diadakan kunjungan hormat Mahabbah Exco Gabungan Dakwah Malaysia dengan Masjid Negeri Selangor Guide (MNSG) bertempat di Masjid Sultan Salahudin Abdul Aziz Shah, Shah Alam.

Antara barisan hadapan Masjid Negeri dan Gabungan Dakwah Malaysia (GDM)

Ziarah ini telah diketuai oleh YBhg. Hj. Ir Wan Ahmad Nizar Zakaria, Pengerusi GDM. Turut hadir bersama ialah YBhg. Hj. Abdul Rahman Kassim, Ketua Pegawai Eksekutif GDM bersama dengan beberapa orang ahli jawatankuasa GDM.Sementara itu, pihak Masjid Negeri Selangor Guide (MNSG) telah diketuai oleh Hj Tanzil Md Noor, Pengerusi MNSG

Tujuan ziarah ini diadakan untuk berbincang dan bertukar-tukar pandangan berkaitan isu-isu dakwah dalam masyarakat majmuk khususnya dakwah melalui masjid disamping merapatkan hubungan antara NGO.

Sesi perbincangan dan bertukar-tukar buah fikiran di antara exco-exco GDM dan wakil Masjid Negeri

Pihak GDM mengucapkan ribuan terima kasih kepada pihak MNSG di atas kesudian menerima ziarah kami ini.Sebagai penutup bagi program ziarah kami, sebuah nasyid yang mengusik jiwa diperdengarkan oleh Ustaz Ahmad Shazli Abdullah.

Sesi Penyerahan Cenderahati. Dari Kiri Pengerusi GDM, Tuan Haji Wan Ahmad Nizar dan di sebelah kanan, wakil Masjid Negeri Selangor, Tuan Haji Tanzil

Semoga Ziarah Mahabbah ini dapat membuka peluang yang lebih luas lagi dalam melaksanakan tanggungjawab agama secara berjemaah dan mesej Islam dapat sampai kepada semua.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *