AHLAN WASAHLAN CEO GDM YANG BAHARU

Setinggi-tinggi tahniah diucapkan buat Tuan Abdul Ghaffar Muhamad Sharif, di atas pelantikan sebagai Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) Gabungan Dakwah Malaysia yang baharu.

Tuan Abdul Ghaffar Muhamad Sharif adalah antara orang yang terawal yang bersama-sama dalam menubuhkan dan menggerakkan Gabungan Dakwah Malaysia. Beliau juga seorang yang aktif dalam dunia dakwah kepada masyarakat majmuk dan santunan saudara baru.

Tuan Abdul Ghaffar Muhamad Sharif telah dilantik menggantikan Tuan Haji Abdul Rahman Kassim berkuatkuasa 2 Julai 2021 hari ini.

Semoga segala ilmu pengetahuan, kepakaran juga pengalaman yang beliau miliki dapat melonjakkan lagi agenda penyatuan usaha-usaha dakwah di Malaysia. Ameennn 🤲🏻

Tahniah! dari seluruh warga Gabungan Dakwah Malaysia.

#GabunganDakwahMalaysia