KUNJUNGAN HORMAT MAHABBAH GDM KEPADA ANGKATAN DAKWAH ANTARABANGSA MALAYSIA (ADAM)

8 Oktober- Alhamdulillah semalam, Gabungan Dakwah Malaysia (GDM) telah mengadakan kunjungan hormat Mahabbah kepada Angkatan Dakwah Antarabangsa Malaysia – ADAM yang bertempat di Damansara Damai.

Sesi Perkongsian mengenai Gerak Kerja Dakwah antara pihak ADAM dan GDM

Ziarah ini telah diketuai oleh YBhg. Puan Che Anizah Mohd Zain, Timbalan Pengerusi GDM. Turut hadir bersama ialah YBhg Hj. Abdul Rahman Kassim, Ketua Pegawai Eksekutif GDM bersama dengan beberapa orang ahli jawatankuasa GDM.

Antara yang hadir semasa sesi Ziarah Mahabbah ke ADAM. Dari Kiri Puan Che Anizah Moh Zain (Timbalan Pengerusi GDM), Tuan Haji Abdul Rahman Kassism (CEO GDM) dan Pengerusi ADAM, Ustaz Jailani Jasmani

Sementara itu, pihak Angkatan Dakwah Antarabangsa Malaysia (ADAM) telah diketuai oleh Sr.Hj Jailani Jasmani, Pengerusi ADAM. Tujuan ziarah ini diadakan untuk berbincang dan bertukar-tukar pandangan berkaitan isu-isu dakwah dalam masyarakat majmuk khususnya dakwah melalui masjid disamping merapatkan hubungan antara NGO.

Pihak GDM telah disambut dengan dendangan alunan nasyid yang merdu oleh Ustaz Mohd Asri Ubaidullah iaitu salah seorang kumpulan nasyid Rabbani yang tidak asing lagi di Malaysia. Perjumpaan dimulakan dengan sesi perkongsian daripada pihak ADAM mengenai latarbelakang, visi dan misi serta program-program yang telah dianjurkan. Selain itu, pihak GDM juga telah dipertontonkan dengan video khas yang memaparkan aktiviti-aktiviti utama ADAM seperti Seminar Rahsia Daie Terbongkar (RDT) dan dakwah kepada orang Asli

Alunan Selawat yang mengusik jiwa oleh Ustaz Asri Ubaidullah dari Kumpulan Nasyid Rabbani

Seterusnya, Ketua Pegawai Eksekutif GDM, YBhg Hj. Abdul Rahman Kassim juga telah membentangkan Pelan Dakwah Kebangsaan (PDK) dengan lebih terperinci dan bagaimana pihak ADAM boleh menyumbang kepada PDK. Pihak ADAM telah memberi persetujuan untuk bersama dengan GDM dan menyumbang dalam menjayakan PDK.

Pembentangan Pelan Dakwah Kebangsaan (PDK) oleh CEO GDM, Tuan Haji Abdul Rahman Kassim

Pihak GDM menzahirkan ribuan terima kasih kepada pihak ADAM di atas kesudian menerima rombongan GDM. Semoga Ziarah Mahabbah ini dapat membuka ruang yang lebih luas lagi dalam melaksanakan dakwah sebagai tanggungjawab bersama dan diharapkan mesej Islam dapat sampai kepada semua.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *