RETREAT GABUNGAN DAKWAH MALAYSIA (GDM) 2020

Alhamdulillah pada 3 & 4 Oktober (Sabtu & Ahad) yang lalu telah berlangsungnya Retreat GDM yang diadakan di Kinrara Resort, Puchong. Seramai 32 orang peserta telah hadir yang terdiri daripada Ahli Jawatankuasa GDM Pusat dan wakil pertubuhan-pertubuhan Islam bukan kerajaan seperti MACMA, AL-HIDAYAH, HCF, JAM’IYA, ADAM, BELIA HARMONI, DARUL FITRAH, RICOI, PKDMMS dan BECU.

Antara wakil NGO-NGO yang hadir untuk bengkel perbincangan berkumpulan , Retreat GDM

Objektif utama penganjuran retreat ini adalah untuk menjelaskan misi dan halatuju GDM khususnya kepada Ahli Jawatankuasa yang baru dilantik bagi sesi 2020-2022. Selain itu, menyemak semula perancangan Pelan Dakwah Kebangsaan (PDK) dan merangka aktiviti-aktiviti Gabungan Dakwah Malaysia bagi tahun 2021.

Sesi Taaruf diadakan mengikut SOP, penjarakkan sosial dalam kalangan ahli

Di akhir program, pembahagian kumpulan mengikut sektor-sektor strategik (KRA) telah dibentuk agar perancangan yang telah dibincangkan dapat dilaksanakan dengan sebaiknya.

Solat Subuh Berjamaah bagi memperatkan lagi silaturahim antara ahli GDM dan pihak pengurusan GDM

Semoga melalui usaha-usaha yang berperancangan ini, dakwah di Malaysia akan berjalan dengan lancar, tersusun dan sistematik. Seterusnya, kita berdoa agar Dakwah kepada masyarakat majmuk juga akan tersebar luas dan mendapat hidayah dari Allah s.w.t.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *