KUNJUNGAN HORMAT MAHABBAH GDM KEPADA PERTUBUHAN AL-KHAADEM

8 Oktober- Alhamdulillah semalam, GDM telah mengadakan kunjungan hormat Mahabbah Exco Gabungan Dakwah Malaysia kepada Pertubuhan Al – Khaadem yang bertempat di Sungai Kayu Ara, Damansara.

Ziarah ini telah diketuai oleh YBhg. Puan Che Anizah Mohd Zain, Timbalan Pengerusi GDM. Turut hadir bersama ialah YBhg Hj. Abdul Rahman Kassim, Ketua Pegawai Eksekutif GDM bersama dengan beberapa orang ahli jawatankuasa GDM.

Dari Kiri bertudung ungu, Timbalan Pengerusi GDM, Puan Che Anizah , Hj Abdul Rahman Kassim, CEO GDM dan Exco GDM, Tuan Haji Noli

Sementara itu, pihak Al-Khaadem telah diketuai oleh Syeikh Hussain Yee, Presiden Pertubuhan Al-Khaadem. Tujuan ziarah ini diadakan untuk berbincang dan bertukar-tukar pandangan berkaitan isu-isu dakwah dalam masyarakat majmuk disamping merapatkan hubungan antara NGO.

Sesi pertukaran idea dan pandangan untuk kelancaran pengurusan Dakwah di Malaysia

Perjumpaan dimulakan dengan sesi perkongsian daripada Pihak Al-Khaadem mengenai latar belakang, Visi dan Misi serta program-program yang telah dianjurkan oleh mereka. Selain itu, Ketua Pegawai Eksekutif GDM, YBhg Hj. Abdul Rahman Kassim juga telah membentangkan Pelan Dakwah Kebangsaan (PDK) dengan lebih terperinci dan bagaimana Pertubuhan Al-Khaadem boleh menyumbang kepada PDK. Pertubuhan Al-Khaadem telah memberi persetujuan untuk bersama dengan GDM dan menyumbang dalam menjayakan PDK.

Pihak GDM menzahirkan ribuan terima kasih kepada pihak Al-Khaadem di atas kesudian menerima rombongan GDM. Semoga Ziarah Mahabbah ini dapat membuka peluang yang lebih luas dalam melaksanakan dakwah sebagai tanggungjawab bersama dan diharapkan mesej Islam dapat sampai kepada semua lapisan masyarakat secara efektif.

Sesi bergambar sebagai penutup perjumpaan

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *