Persidangan Kebangsaan: Memahami Kepercayaan Lain – Perspektif Dakwah (Understanding Other Faiths)

19 September 2020- Alhamdulillah pada tanggal 19 September 2020 telah berlangsungnya Persidangan Kebangsaan: Memahami Kepercayaan Lain-Perspektif Dakwah di Dewan Syarahan, Masjid Negara. Majlis ini merupakan anjuran ACCIN dengan kerjasama GDM, MACMA, Masjid Negara Malaysia dan Jam’iyah.

Antara barisan wakil-wakil GDM, HCF dan Jam’iyah yang menghadiri Persidangan Kebangsaan: Memahami Kepercayaan Lain-Perspektif Dakwah

Gandingan ini diharapkan dapat memantapkan lagi keupayaan para pendakwah menyampaikan mesej Islam khusus kepada penganut-penganut pelbagai kepercayaan tersebut.

Pengerusi Persidangan merangkap Ketua Pegawai Eksekutif ACCIN, Ir Hj Mohd Jamaludin Shamsudin bersama Imam Masjid Negara, Ustaz Hj Ehsan Mohd Hosni, wakil Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Dr.Mohd Aizam Mas’od, Dr. Syed Hussain Abdeen daripada IOAC dan Datin Norhana daripada MACMA

Persidangan ini bertujuan menggandingkan ahli-ahli akademik yang berpengetahuan secara mendalam tentang kepercayaan-kepercayaan yang dibincangkan serta para pendakwah yang berpengalaman menyampaikan seruan Islam kepada masyarakat bukan Islam. Gandingan ini diharapkan dapat memantapkan lagi keupayaan para pendakwah menyampaikan mesej Islam khusus kepada penganut-penganut pelbagai kepercayaan tersebut.

Objektif persidangan ini adalah untuk:

1.  Meningkatkan kefahaman tentang kepercayaan dan pegangan selain Islam.

2.  Perbincangan sehari dengan penumpuan kepada agama-agama utama di Malaysia. Ini termasuk sejarah, worldview, kepercayaan dan sumber kitab agama.

3.  Mengenalpasti ajaran dalam kitab dibandingkan dengan amalan praktikal.

Majlis telah dimulakan dengan ucapan alu-aluan oleh Pengerusi Persidangan merangkap Ketua Pegawai Eksekutif ACCIN, Ir. Hj Mohd Jamaludin Shamsudin dan dirasmikan oleh Dr. Mohd Aizam bin Mas’od, Pegawai Tugas-tugas Khas Kanan Menteri di JPM.

Persidangan dirasmikan oleh Dr. Mohd Aizam bin Mas’od, Pegawai Tugas-tugas Khas Kanan Menteri di JPM.

Persidangan Kebangsaan ini merangkumi kefahaman mengenai Sistem Kepercayaan Kristian, Forum: God in Hinduism: Monotheism or Polytheism, Chinese beliefs – Buddhism, Confucianism and Taoism dan Atheism and Agnosticism. Forum dimulakan dengan Forum: Sistem Kepercayaan Kristian yang dikemudi oleh saudara Moderator Engku Ahmad Fauzi Engku Muhsein dari IIS Bersama dua orang panel iaitu Dr Alwani Ghazali (UM) dan daripada Dr Jaysuman Pusppanathan (UTM). Seterusnya, Forum mengenai God in Hinduism: Monotheism or Polytheism diterajui oleh Ustaz Dr. Syd Hussain Abdeen (IOAC) Bersama dua orang panel iaitu Dr. Mohd Rosmizi bin Abd Rahman (USIM) dan Ustaz Hj. Fitri Abdullah (PERKIM).

Forum dimulakan dengan Forum: Sistem Kepercayaan Kristian yang dikemudi oleh saudara Moderator Engku Ahmad Fauzi Engku Muhsein dari IIS Bersama dua orang panel iaitu Dr Alwani Ghazali (UM) dan daripada Dr Jaysuman Pusppanathan (UTM).

Forum mengenai sistem Kepercayaan Kristian yang diterajui oleh saudara Moderator Engku Ahmad Fauzi Engku Muhsein dari IIS bersama dua orang panel iaitu Dr Alwani Ghazali (UM) dan daripada Dr Jaysuman Pusppanathan (UTM).

Manakala, slot forum di sebelah petang diteruskan dengan Perkongsian dari Dr. Syed Mohd, Pengarah Friends of Palestine Network.

Dr. Syed Mohd, Pengarah Friends of Palestine Network

Pemahaman mengenai Chinese Beliefs- Buddhism, Confucianism and Taoism dikupas oleh Dr. Ann Wan Seng (JAM’YAH) dan Ebby Azwin bin Harris Lee serta diterahui oleh saudara Moderator iaitu Ustaz Hj. Fitri Abdullah (PERKIM). Terakhir, Forum diteruskan dengan pemahaman tentang Atheism and Agnosticism oleh Dr. Yusof Dawood @ Jibrail (UKM).

Pemahaman mengenai Chinese Beliefs- Buddhism, Confucianism and Taoism dikupas oleh Dr. Ann Wan Seng (JAM’YAH)

Forum diteruskan dengan pemahaman tentang Atheism and Agnosticism oleh Dr. Yusof Dawood @ Jibrail (UKM).

Pemahaman tentang Atheism and Agnosticism oleh Dr. Yusof Dawood @ Jibrail (UKM)

Hasil susulan daripada persidangan adalah bengkel-bengkel akan diadakan untuk memantapkan lagi keupayaan para pendakwah dalam menyampaikan mesej Islam khusus kepada penganut-penganut pelbagai kepercayaan tersebut. Senarai bengkel adalah seperti berikut:

1. Chinese Beliefs – 18 Oktober 2020 (Ahad)

2. Christianity – 8 November 2020 (Ahad)

3. Atheism/Agnostic – 6 Disember 2020 (Ahad)

4. Hinduism – 16 Januari 2021 (Sabtu)

#gabungandakwahmalaysia

 #sebarkandaakwah

#tanggungjawabbersama

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *