Pertubuhan Kebajikan Mohd Chan (PKMC) bersetuju menjadi Ahli GDM

9 November 2020- Alhamdulillah syukur ke hadrat Ilahi, semalam pihak GDM yang diwakili oleh Tuan Hj. Abdul Rahman Kassim, CEO GDM serta Puan Che Anizah Mohd Zain, Timbalan Pengerusi GDM telah menghadiri jemputan daripada Pertubuhan Kebajikan Mohd Chan (PKMC) untuk taklimat projek yang sedang giat dijalankan oleh mereka iaitu Projek Pembelian PPE melalui penjualan Set Nasi Ayam Mohd Chan untuk membantu frontliner.

Dari kiri, YBhg Dato’ Mohd Chan menandatangani MOU persetujuan bersama-sama GDM untuk memperkasakan lagi Pelan Dakwah Kebangsaan (PDK)

Sebelum taklimat bermula, Pengerusi PKMC iaitu YBhg Dato’ Mohd Chan telah bersetuju untuk bersama GDM dan menyumbang ke arah pelaksanaan Pelan Dakwah Kebangsaan (PDK). Semoga dengan kerjasama ini dapat membuka peluang yang lebih luas lagi dalam melaksanakan dakwah sebagai tanggungjawab bersama dan diharapkan mesej Islam dapat sampai kepada semua lapisan masyarakat secara efektif.

Barisan Tenaga Pertubuhan Kebajikan Mohd Chan (PKMC)

Perjumpaan ini yang turut dihadiri oleh NGO-NGO lain seperti MAPIM, PPIM, GBIS dan lain-lain telah diteruskan dengan perkongsian tentang prosedur pembelian set Nasi Ayam Mohd Chan serta perincian perjalanan projek ini.

Turut Hadir, CEO GDM, Tuan Haji Abdul Rahman Bin Kassim

Alhamdulillah, pihak GDM juga telah bersetuju untuk menyumbang dalam projek ini bagi sama-sama membantu frontliner negara yang sedang bertarung menghadapi gelombang pandemic Covid 19 ini.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *