Ziarah Mahabbah GDM dengan Research and Information Centre On Islam (RICOI)

9 September– Gabungan Dakwah Malaysia (GDM) telah mengadakan Ziarah Mahabbah dengan pertubuhan RICOI yang bertempat di No.10, Jalan Tun Perak, berdekatan LRT Masjid Jamek, Kuala Lumpur. Pihak GDM mengucapkan ribuan terima kasih kepada pihak RICOI di atas kesudian menerima ziarah kami ini.

Sesi beramah mesra GDM bersama RICOI

Ziarah ini diadakan bertujuan untuk mewujudkan hubungan dan merapatkan jaringan ukhuwah di antara NGO-NGO Islam serta mengadakan perbincangan berkaitan isu-isu dakwah dalam masyarakat majmuk.

Wakil GDM bersama Puan Lateefah Abdullah Tamerlane dari RICOI

Ziarah ini telah diketuai oleh YBhg. Hj. Abdul Rahman Kassim, Ketua Pegawai Eksekutif GDM bersama dengan beberapa orang Ahli Jawatankuasa GDM. Sementara itu pihak RICOI selaku Tuan Rumah telah diwakili oleh Pengurus RICOI, Puan Lateefah Abdullah Tamerlane. Sesi perbincangan dan pertukaran pandangan telah diadakan bagi menambah idea agar kolaborasi program dapat diadakan di masa akan datang. InsyaAllah.Semoga Ziarah Mahabbah ini dapat membuka peluang yang lebih luas lagi dalam pelaksanaan program-program dakwah dan mesej Islam dapat sampai serta dinikmati oleh semua.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *