19 September 2020- Alhamdulillah pada tanggal 19 September 2020 telah berlangsungnya Persidangan Kebangsaan: Memahami Kepercayaan Lain-Perspektif Dakwah di Dewan Syarahan, Masjid Negara. Majlis ini merupakan anjuran ACCIN dengan kerjasama GDM, MACMA, Masjid Negara Malaysia dan Jam’iyah.
Gandingan ini diharapkan dapat memantapkan lagi keupayaan para pendakwah menyampaikan mesej Islam khusus kepada penganut-penganut pelbagai kepercayaan tersebut.
Persidangan ini bertujuan menggandingkan ahli-ahli akademik yang berpengetahuan secara mendalam tentang kepercayaan-kepercayaan yang dibincangkan serta para pendakwah yang berpengalaman menyampaikan seruan Islam kepada masyarakat bukan Islam. Gandingan ini diharapkan dapat memantapkan lagi keupayaan para pendakwah menyampaikan mesej Islam khusus kepada penganut-penganut pelbagai kepercayaan tersebut.
Objektif persidangan ini adalah untuk:
1. Meningkatkan kefahaman tentang kepercayaan dan pegangan selain Islam.
2. Perbincangan sehari dengan penumpuan kepada agama-agama utama di Malaysia. Ini termasuk sejarah, worldview, kepercayaan dan sumber kitab agama.
3. Mengenalpasti ajaran dalam kitab dibandingkan dengan amalan praktikal.
Majlis telah dimulakan dengan ucapan alu-aluan oleh Pengerusi Persidangan merangkap Ketua Pegawai Eksekutif ACCIN, Ir. Hj Mohd Jamaludin Shamsudin dan dirasmikan oleh Dr. Mohd Aizam bin Mas’od, Pegawai Tugas-tugas Khas Kanan Menteri di JPM.
Persidangan Kebangsaan ini merangkumi kefahaman mengenai Sistem Kepercayaan Kristian, Forum: God in Hinduism: Monotheism or Polytheism, Chinese beliefs – Buddhism, Confucianism and Taoism dan Atheism and Agnosticism. Forum dimulakan dengan Forum: Sistem Kepercayaan Kristian yang dikemudi oleh saudara Moderator Engku Ahmad Fauzi Engku Muhsein dari IIS Bersama dua orang panel iaitu Dr Alwani Ghazali (UM) dan daripada Dr Jaysuman Pusppanathan (UTM). Seterusnya, Forum mengenai God in Hinduism: Monotheism or Polytheism diterajui oleh Ustaz Dr. Syd Hussain Abdeen (IOAC) Bersama dua orang panel iaitu Dr. Mohd Rosmizi bin Abd Rahman (USIM) dan Ustaz Hj. Fitri Abdullah (PERKIM).
Forum mengenai sistem Kepercayaan Kristian yang diterajui oleh saudara Moderator Engku Ahmad Fauzi Engku Muhsein dari IIS bersama dua orang panel iaitu Dr Alwani Ghazali (UM) dan daripada Dr Jaysuman Pusppanathan (UTM).
Manakala, slot forum di sebelah petang diteruskan dengan Perkongsian dari Dr. Syed Mohd, Pengarah Friends of Palestine Network.
Pemahaman mengenai Chinese Beliefs- Buddhism, Confucianism and Taoism dikupas oleh Dr. Ann Wan Seng (JAM’YAH) dan Ebby Azwin bin Harris Lee serta diterahui oleh saudara Moderator iaitu Ustaz Hj. Fitri Abdullah (PERKIM). Terakhir, Forum diteruskan dengan pemahaman tentang Atheism and Agnosticism oleh Dr. Yusof Dawood @ Jibrail (UKM).
Forum diteruskan dengan pemahaman tentang Atheism and Agnosticism oleh Dr. Yusof Dawood @ Jibrail (UKM).
Hasil susulan daripada persidangan adalah bengkel-bengkel akan diadakan untuk memantapkan lagi keupayaan para pendakwah dalam menyampaikan mesej Islam khusus kepada penganut-penganut pelbagai kepercayaan tersebut. Senarai bengkel adalah seperti berikut:
1. Chinese Beliefs – 18 Oktober 2020 (Ahad)
2. Christianity – 8 November 2020 (Ahad)
3. Atheism/Agnostic – 6 Disember 2020 (Ahad)
4. Hinduism – 16 Januari 2021 (Sabtu)
#gabungandakwahmalaysia
#sebarkandaakwah
#tanggungjawabbersama