Edaran Makan Tengahari Percuma kepada golongan yang memerlukan dengan kerjasama Persatuan Darul Fitrah Malaysia

“ANDA MENYUMBANG, KAMI SAMPAIKAN”

12 Mac 2021 (Jumaat) –Alhamdulillah sekali lagi pada Hari Jumaat yang penuh berkah ini, Gabungan Dakwah Malaysia (GDM) dengan kerjasama Persatuan Darul Fitrah Malaysia telah menyampaikan makanan tengah hari percuma kepada asnaf dan golongan yang memerlukan di perkarangan Masjid India, Kuala Lumpur.

Gabungan Dakwah Malaysia (GDM) telah diwakili oleh Pn. Aniza selaku Timb. Pengerusi GDM bersama beberapa Exco GDM. Manakala, Persatuan Darul Fitrah telah diwakili oleh Hajah Noorshin, Pengerusi Persatuan Darul Fitrah serta beberapa orang ahli.

Makanan tengah hari percuma akan diberikan pada setiap hari Jumaat yang barakah pada jam 11.30 pagi. Tidak lupa diucapkan terima kasih kepada para penyumbang yang budiman yang menyumbang dalam program ini. Hanya Allah SWT yang dapat membalas segala kebaikan anda semua.

GDM dengan Kerjasama Persatuan Darul Fitrah telah mengedarkan makan Tengahari percuma kepada golongan yang memerlukan di perkarangan Masjid India, Kuala Lumpur

Ingin Berkongsi Pahala❗
Hanya layari link berikut untuk menyampaikan sumbangan:
📌 https://infak.dakwah.org.my/dana-aktiviti-gdm/
📌 https://infak.dakwah.org.my/dana-aktiviti-gdm/

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *