Program Edaran Makan Tengahari Percuma Setiap Jumaat kepada Asnaf, Mualaf dan Non-Muslim

5 Mac 2021 (Jumaat) –Alhamdulillah sekali lagi pada Hari Jumaat yang penuh berkah ini, Gabungan Dakwah Malaysia (GDM) dengan kerjasama Persekutuan Seruan Islam Selangor & Wilayah Persekutuan (Jam’iyah) telah menyampaikan makanan tengah hari percuma kepada asnaf di perkarangan pejabat pentadbiran Jam’iyah. Gabungan Dakwah Malaysia (GDM) telah diwakili oleh Pn. Aniza selaku Timb. Pengerusi GDM bersama beberapa Exco GDM. Manakala, Jam’iyah telah diwakili oleh Dr. Ann Wan Seng,Setiausaha Agung serta beberapa Exco Jam’iyah.

Makanan tengah hari percuma akan diberikan pada setiap hari Jumaat yang barakah pada jam 11.30 pagi. Tidak lupa diucapkan terima kasih kepada para penyumbang yang budiman yang menyumbang dalam program ini.

Ingin Berkongsi Pahala❗
Hanya layari link berikut untuk menyampaikan sumbangan:
📌 https://infak.dakwah.org.my/dana-aktiviti-gdm/
📌 https://infak.dakwah.org.my/dana-aktiviti-gdm/

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *