PERJUMPAAN MAHABBAH GDM PUSAT DENGAN GDM TERENGGANU SECARA MAYA

2 Februari 2021 – Alhamdulillah pada hari selasa yang lalu GDM Pusat berkesempatan mengadakan Perjumpaan Mahabbah secara maya bersama GDM Terengganu. .GDM Pusat telah diketuai oleh Pengerusi GDM Pusat, IR. Haji Wan Ahmad Nizar Zakaria. Turut bersama dalam perjumpaan ini ialah Timbalan Pengerusi GDM, Puan Che Anizah Zain, Ketua Pegawai Eksekutif GDM, Haji Abdul Rahman Kassim, serta empat (4) orang pewakilan GDM Pusat. Manakala, GDM Terengganu telah diketuai oleh Pengerusi GDM Terengganu, Datin Norhana Ng Abdullah. Turut hadir bersama Setiausaha GDM Terengganu, Puan Nor Aqma serta beberapa orang ahli jawatankuasa GDM Terengganu.

Perjumpaan ini telah dimulakan dengan ucapan alu- aluan daripada Pengerusi GDM Terengganu diikuti oleh ucapan dari Pengerusi GDM Pusat. Antara perkara yang ditekannya dalam ucapan Pengerusi GDM Pusat ialah mengenai kepentingan melaksanakan Pelan Dakwah Kebangsaan (PDK) serta membudayakan amalan berdakwah dalam kalangan masyarakat Islam. Seterusnya, perjumpaan ini telah disusuli dengan sesi taaruf daripada kedua-dua belah pihak.

Perjumpaan diteruskan lagi dengan sesi pembentangan Pelan Dakwah Kebangsaan dan perancangan GDM Pusat bagi tahun 2021. Selain itu, turut dibentangkan pencapaian GDM Terengganu bagi tahun 2020 dan perancangan GDM Cawangan Terengganu bagi tahun 2021 supaya dijadikan asas panduan kepada perancangan GDM Terengganu..GDM Pusat mengucapkan tahniah kepada GDM Terengganu yang telah ke hadapan dalam beberapa inisiatif. Perjumpaan diakhiri dengan sesi perbincangan antara GDM Pusat dengan GDM Terengganu.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *