BENGKAL A.S.A.R.A-P.K (Close The Sale) Siri 1

Alhamdulillah pada 31 Januari 2021 (Ahad) telah berlangsungnya Bengkel A.S.A.R.A-P.K (Close The Sale)- Formula Mudah & Efektif Menjelaskan Islam kepada Masyarakat Majmuk. yang diadakan secara maya melalui Platform Zoom Gabungan Dakwah Malaysia (GDM). Sambutan yang diterima amat mengalakkan yang mana seramai 100 orang peserta telah menghadiri Bengkel ini.

Peserta terdiri daripada NGO-NGO seperti Angkatan Dakwah Antarabangsa Malaysia (ADAM), Hidayah Centre Foundation (HCF), Persatuan Ulama’ Malaysia (PUM), Pertubuhan Ikram Malaysia (IKRAM), Momogun Muslim SeMalaysia serta pelajar sarjana daripada Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM).

Pengisian Bengkel ini telah diterajui dan dibimbing oleh Tuan Noli Bin Hussain, Pengurus Wilayah Tengah HCF yang mempunyai lebih 10 tahun pengalaman berdakwah kepada masyarakat majmuk. Sesi soalan jawab. Program ini dimulai dengan bacaan ayat suci Al-Quran daripada Ustaz Raihan yang mewakili Malaysian Indian Reverts Association (MIRA). Seterusnya, Ucapan pembukaan telah disampaikan oleh Pengerusi Gabungan Dakwah Malaysia (GDM), Ir Hj. Wan Ahmad Nizar Bin Zakaria. Di dalam penyampaian beliau, beliau telah menyarankan agar amalan berdakwah dapat menjadi satu budaya dalam masyarakat Islam. Hal ini ialah kerana berdakwah merupakan tugas seorang yang bergelar Muslim bukan terletak hanya kepada asatizah semata-mata

Seterusnya, bengkel diteruskan dengan pengisian pertama iaitu Sesi Kewajipan Berdakwah, diikuti dengan Slot Kaedah A.S.A.R.A-P.K, Role-play dan Live Tele Dakwah. Para peserta mengikuti bengkel ini dengan penuh fokus dan lebih bersemangat untuk mempraktikkan segala yang telah mereka pelajari sepanjang bengkel. Bengkel berakhir pada jam 2.00 Petang. Kami dari GDM mengharapkan program yang dianjurkan ini dapat memberikan manfaat dan kebaikan pada semua.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *