Ziarah GDM ke GDM Negeri Kedah, Pulau Pinang dan Perak

Pada 7 & 8 Januari 2021(Khamis & Jumaat), Gabungan Dakwah Malaysia Pusat yang terdiri daripada Pengerusi GDM Pusat Ir Hj Wan Ahmad Nizar Zakaria, Timbalan Pengerusi Pn Che Anizah Mohd Zain, Ketua Pegawai Eksekutif Hj Abdul Rahman Kassim serta 4 orang Eksekutif telah menziarahi GDM Negeri Pulau Pinang, Kedah dan Perak.

Ziarah GDM Pusat ke GDM Negeri Pulau Pinang di Bayan Lepas, Pulau Pinang

Ziarah ini diadakan bertujuan untuk membentangkan perancangan GDM pusat bagi tahun 2021 untuk dijadikan panduan kepada GDM Negeri menyediakan Perancangan GDM Negeri 2021. disamping memperkukuhkan hubungan antara NGO dakwah. Hj Wan Ahmad Nizar, Pengerusi GDM Pusat, dalam ucapan beliau memfokuskan kepada halatuju GDM 2021 iaitu :

1. Ahli-ahli GDM bersama menghayati dan menjayakan objektif Pelan Dakwah Kebangsaan.

2. Lebih ramai NGO dakwah bersama GDM

3. Membangunkan GDM Infosystem (GDMi) dan digunapakai oleh setiap NGO

4. Tingkatkan advokasi dengan pemegang taruh

5. Penjenamaan GDM

Antara Pimpinan GDM Pulau Pinang
Sesi Ziarah GDM Pusat di Park Avenue, Sungai Petani ,Kedah
Ustaz Hafiz Ng wakil GDM Perak bersama Pengerusi GDM Pusat, Ir Hj Wan Ahmad Nizar Zakaria

Seterusnya, Hj Abdul Rahman bin Kassim, Ketua Pegawai Eksekutif GDM membentangkan perancangan GDM bagi tahun 2021. Pelbagai aktiviti yang telah dirancangkan antaranya Konvensyen Saudara Baru, Mosque Open Day, Kempen Bulan Baca Quran (BBQ), Kempen Kenali Nabi Muhammad dan lain-lain lagi. Majlis diteruskan lagi dengan pembentangan aktiviti-aktiviti dari GDM Negeri.

Ketua Pegawai Eksekutif GDM, Hj Abdul Rahman Bin Kassim membentangkan perancangan GDM untuk Tahun 2021

Ziarah diakhiri dengan perbincangan dan pemberian cenderahati.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *