TAKLIMAT KHAS PELAN DAKWAH KEBANGSAAN GDM KEPADA MAIWP

11 Januari – Gabungan Dakwah Malaysia (GDM) sekali lagi mengadakan Ziarah Mahabbah ke Majlis Agama Islam Wilayah Persekutuan (MAIWP) bagi mengadakan perbincangan berkaitan dakwah kepada masyarakat majmuk dan santunan saudara baru khususnya di Wilayah Persekutuan.

Ziarah ini telah diketuai oleh YBhg. Ir Hj Wan Ahmad Nizar Bin Zakaria, Pengerusi GDM bersama-sama Hj Abdul Rahman Bin Kassim, Ketua Pegawai Eksekutif dan beberapa orang ahli jawatankuasa GDM. Sementara pihak MAIWP telah diketuai oleh YBhg. Dato’ Sri Syed Hussien Alhabshee, Pengerusi MAIWP .

Sesi Pembentangan mengenai GDM dan Pelan Dakwah Kebangsaan (PDK)

Ziarah ini telah dimulakan dengan pembentangan tentang GDM diikuti dengan pembentangan Pelan Dakwah Kebangsaan oleh Ir Hj Wan Ahmad Nizar Zakaria, Pengerusi GDM dan Hj Abdul Rahman Kassim, Ketua Pegawai Eksekutif GDM.

Pihak Pengurusan GDM

Sesi perbincangan dan bertukar-tukar pandangan turut diadakan agar kolaborasi antara MAIWP dan GDM dapat diadakan dengan lebih komprehensif. Alhamdulillah beberapa cadangan dan keputusan telah diperolehi dari perbincangan tersebut.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *