Mesyuarat Agung Tahunan & Persidangan Meja Bulat 2020

Alhamdulillah. Setinggi kesyukuran dipanjatkan kepada Allah SWT. Pada 5 September 2020, Sabtu telah berlangsungnya Mesyuarat Agung Tahunan (MAT) dan Persidangan Meja Bulat (PMB).

Penyertaan mengikut SOP yang disarankan oleh Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM)

SESI MESYUARAT AGUNG TAHUNAN (MAT)

Seramai 13 NGO serta seramai 10 perwakilan GDM cawangan dari 10 negeri iaitu Kedah, Pulau Pinang, Perak, Selangor, Melaka, Kelantan, Terengganu, Pahang, Johor dan Sabah telah hadir di Mesyuarat Agung Tahunan 2020 yang dijalankan di sesi pagi yang bermula pada jam 9.30 pagi hingga 1.00 tengahari.

Antara Exco-Exco GDM dan NGO-NGO yang hadir di MAT 2020

MAT dimulakan dengan ucapan alu-aluan oleh Pengerusi Majlis serta bacaan doa. Seterusnya, majlis diteruskan dengan ucapan pembukaan oleh Pengerusi GDM sesi 2018/2020, Tuan Haji Nicholas Sylvester. Kemudiannya, En. Abdul Ghaffar Muhamad Sharif selaku pengerusi tetap mengemudi MAT. Agenda MAT diteruskan dengan pengiraan dan pengesahan korum dan pengesahan Minit Mesyuarat Agung Tahunan 2019.

Ucapan Pembukaan oleh Pengerusi GDM, Tuan Haji Nicholas Sylvester

Sesi pembentangan laporan aktiviti tahunan 2019 termasuk usul pindaan Perlembagaan ini dikemudi oleh En Ahmad Shiham Bin Sukhri, Penolong Setiausaha sesi 2018/2020. Manakala, Tuan Haji Wan Burhan Bin Wan Ismail selaku Bendahari telah membentangkan laporan penyata kewangan 2019. Seterusnya MAT diteruskan dengan pembubaran Ahli Jawatankuas sesi 2018/2020 dan pemilihan Ahli Jawatankuasa GDM sesi 2020/2022 telah dipilih mengikut undian majoriti.

Senarai Ahli Jawatankuasa GDM sesi 2020/2022 adalah seperti senarai berikut:

Ahli Jawatankuasa Tertinggi
Pengerusi: Ir Hj Wan Ahmad Nizar Bin Zakaria
Timb.Pengerusi: Pn Che Anizah Binti Mohd Zain
Setiausaha Agung: En Ahmad Shiham Bin Sukhri
Penolong Setiausaha :En Harriz Zainal Abidin
Bendahari: Cik Hazreen Nadihah Binti Husni.
Ahli Jawatankuasa:
1. Hj Noli Husain (HCF/GDM Selangor)
2. Puan Habeebah Abdullah (Al-Hidayah)
3. Mohammad Fazril bin Mohd Saleh (ABIM)
4. Hj Wan Burhan Bin Wan Ismail
5. Hjh Noorshin Abdullah (Darul Fitrah)
6. Hj Shahrin Abdullah (GDM Melaka)
7. Pn Alya Usun (Momogun)
8. Ust Hj Md Nasib Zawawi (ADAM)
Pengerusi Tetap: En Wan Muhammad Bin Wan Ibrahim (HCF)
Pemeriksa Kira-Kira 1: Tengku Muhammad Ibrahim Bin Tengku Ahmad (Belia Harmoni)
Pemeriksa Kira Kira 2: Hj Zubir Zain (Perkim).

Ahli Jawatankuasa GDM sesi 2020/2022

MAT diakhiri dengan ucapan penutup oleh Pengerusi GDM baharu bagi sesi 2020/2022, Tuan Haji Wan Ahmad Nizar Zakaria.

Pengerusi GDM baharu bagi sesi 2020/2022, Tuan Haji Wan Ahmad Nizar Zakaria

SESI PERSIDANGAN MEJA BULAT (PMB)

Seramai 16 NGO iaitu Angkatan Dakwah Islam Malaysia (ADAM), Pertubuhan IKRAM Wilayah Persekutuan, Persatuan Belia Harmoni Malaysia (HARMONI), Persatuan Al-Hunafa’, Persatuan Dakwah Islamiah & Kebajikan Saudara Baru India Se-Malaysia (Al-Hidayah), Persatuan Darul Fitrah Malaysia, Angakatan Belia Islam Malaysia (ABIM), Pertubuhan Kadazan Dusun Murut Muslim Se-Malaysia (Momogun), Barakah & Ethical Consumer (BECU), Pertubuhan Himpunan Lepasan Institusi Pendidikan Malaysia (HALUAN), Hidayah Centre Foundation (HCF), Persatuan Ulama Malaysia (PUM), Malaysian Indian Reverts Association (MIRA) dan Persekutuan Seruan Islam Wilayah Persekutuan dan Selangor (Jam’iyah),Islamic information & Services (IIS) dan Research and Information Centre on Islam (RICOI).

Persidangan ini bermula pada jam 2.30 petang hingga jam 5.30 petang. Majlis ini dimulakan dengan ucapan alu-aluan oleh saudara pengerusi Majlis, En. Usaid Muhammad Asmadi daripada Persatuan Belia Harmoni dan diikuti oleh bacaan doa bagi memberkati majlis. Seterusnya, persidangan ini diikuti oleh ucapan Alu-Aluan oleh Pengerusi Baharu GDM, Tuan Haji Wan Ahmad Nizar Zakaria.Kemudiannya, persidangan diteruskan dengan tayangan video korporat GDM.

Persidangan Meja Bulat GDM telah dirasmikan oleh Pengerusi Majlis Agama Islam Wilayah Persekutuan (MAIWP) iaitu Yang Berbahagia Dato Sri Syed Hussein Alhabshee. Seterusnya, majlis persidangan diteruskan dengan penerangan Pelan Dakwah Kebangsaan (PDK), perbincangan serta rumusan penutup oleh Tuan Haji Mohd Adam Bin Mohd Said.

Persidangan Meja Bulat GDM telah dirasmikan oleh Pengerusi Majlis Agama Islam Wilayah Persekutuan (MAIWP) iaitu Yang Berbahagia Dato Sri Syed Hussein Alhabshee

Persidangan di akhiri dengan ucapan penghargaan kepada pihak MAIWP oleh Pengerusi GDM.

Sesi Pembentangan Pelan Dakwah Kebangsaan (PDK)

#GabunganDakwahMalaysia

#SampaikanIslam

#TanggungjawabBersama

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *