MUKTAMAR NASIONAL TAHUNAN GDM 2021

7 Ogos 2021 (Sabtu) – Alhamdulillah, selesai sudah Muktamar Nasional Tahunan GDM 2021 yang berlangsung semalam yang pertama kali diadakan secara maya. Seramai lebih kurang 100 orang lebih yang mengikut muktamar tersebut yang terdiri daripada pewakilan NGO-NGO GDM di peringkat pusat dan NGO-NGO GDM Cawangan di peringkat negeri serta pemerhati.

Muktamar ini berjalan dengan lancar dan berjaya dengan penglibatan yang aktif dari perwakilan-perwakilan. Pelbagai komentar dan penambahbaikan telah diutara untuk melihat dakwah di Malaysia terus berkembang.

Ucapan terima kasih diucapkan kepada semua yang hadir. Mudah-mudahan GDM terus maju dengan misi dan visi dakwah kepada masyarakat majmuk dan santunan saudara baru.

#GabunganDakwahMalaysia

#MembudayakanDakwah

#SampaikanIslam

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *