الحَمْدُ لِلّهِ،الحَمْدُ لِلّه Sentiasalah bersyukur pada Allah atas segala nikmat kurniaanNya kepada kita.
Satu Hari Satu Ayat ( 7 Ramadan 1442H)
Allah menyatakan bahwa tanaman-tanaman dan pohon-pohon yang bercabang, kedua-duanya tunduk kepada kehendak-Nya secara naluri, sebagaimana tunduknya manusia menurut fitrahnya.Perbezaan antara tumbuh-tumbuhan dan pohon pohonan dalam bentuk dan rupa, warna dan rasa, semua itu adalah kerana patuh dan tunduk kepada kekuasaan yang menciptakanNya.
Majlis Projek Agihan Buku Waqaf kepada Pertubuhan Dakwah Terpilih
9 April 2021- Alhamdulillah pada hari Jumaat yang lepas, Gabungan Dakwah Malaysia (GDM) bersama beberapa NGO lain seperti Perkim, Hidayah Centre Foundation (HCF), Malaysia Indian Revert Association (MIRA), Malaysia Chinese Muslim Association (MACMA) serta beberapa Jabatan kerajaan telah menerima buku waqaf daripada Fakulti Ekologi Manusia, Universiti Putra Malaysia (UPM). Antara...
GDM AGIHKAN 350 BUNGKUS BUBUR LAMBUK SECARA PERCUMA
13 April 2021 (Isnin)- Alhamdulillah, Gabungan Dakwah Malaysia (GDM) bersama NGO dibawah naungannya seperti Jam'iyah Selangor & Wilayah Persekutuan , Hidayah Centre Foundation Kuala Lumpur , IKRAM Lembah Pantai dan lain-lain telah mengagihkan 350 bungkus bubur lambuk secara percuma di sekitar Bangunan PERKIM, JAM’IYAH, Jinjang Utara, Keramat, Bukit Jalil dan...
Ramadan Kareem
Gabungan Dakwah Malaysia (GDM) ingin mengucapkan selamat menjalani Ibadah Puasa kepada semua muslimin dan muslimat. Semoga Ramadhan kali ini merupakan Ramadhan terbaik buat semua. Aamin
Mualaf Diiktiraf di Konvensyen Saudara Baru 2021
3 & 4 Mac 2021- Alhamdulillah, baru-baru ini telah berlangsung dengan jayanya Konvensyen Saudara Baru 2021 bertempat di Dewan Tun Ismail, PWTC Kuala Lumpur anjuran bersama Gabungan Dakwah Malaysia & Majlis Agama Islam Wilayah Persekutuan (MAIWP). Seramai 250 orang mualaf yang terdiri daripada pelbagai bangsa di sekitar Kuala Lumpur...
KUNJUNGAN HORMAT GDM KE MAIWP
1 April 2021 – Gabungan Dakwah Malaysia (GDM) telah mengadakan kunjungan hormat kepada Pengerusi Majlis Agama Islam Wilayah Persekutuan (MAIWP) yang baru iaitu YBhg. Datuk Dr Mohd Daud Bakar di pejabat beliau. Kunjungan hormat ini diadakan bertujuan meneruskan usaha-usaha dakwah yang telah dirancang sebelum ini bersama pengerusi MAIWP yang lama...