Mualaf Diiktiraf di Konvensyen Saudara Baru 2021

3 & 4 Mac 2021- Alhamdulillah, baru-baru ini telah berlangsung dengan jayanya Konvensyen Saudara Baru 2021 bertempat di Dewan Tun Ismail, PWTC Kuala Lumpur anjuran bersama Gabungan Dakwah Malaysia & Majlis Agama Islam Wilayah Persekutuan (MAIWP).
 

Seramai 250 orang mualaf yang terdiri daripada pelbagai bangsa di sekitar Kuala Lumpur telah dijemput untuk menghadiri Konvensyen Saudara Baru yang julung-julung kalinya diadakan ini.

Konvensyen Saudara Baru 2021 ini turut mengiktiraf seramai 13 orang saudara baru yang bergiat aktif juga berjaya dipelbagai lapangan. Berikut adalah penerima anugerah tokoh :

ANUGERAH TOKOH SAUDARA BARU 2021
1. Hj. Nicholas Sylvester @ Berry (HCF)
2. Prof Datuk Dr. Taufiq Yap Yun Hin (MACMA)
3. Dr Hj. Ann Wan Seng (JAM’IYAH)
.
ANUGERAH SAUDARA BARU BERJASA 2021
1. Prof. Madya Dr. Haji Mohd Farid Ravi Bin Abdullah (MIRA)
2. Hj. Muhammad Fitri B. Abdullah (MIRA)
3. Dato’ Muhammad Chan B Abdullah (PKMC)
4. Hj Sharin Low B Abdulah (JAM’IYAH)
5. Pn. Mah Lee @ Hjh Mariam Bt Abdullah (MACMA)
.
ANUGERAH SAUDARA BARU HARAPAN
1. Pn. Nur Alya Humaira Binti Usun Abdullah (PKDMMS)
2. En. Muhammad Irfan B Abdullah (PKDMMS)
3. Pn Nur Habeebah Bt Muniandi (AL-HIDAYAH)
4. Cik Nur Ain Sumaiyah @ Sumitra A/P Valaitham (HCF)
5. En. Abdul Hadi Bin Tanabalam (HCF)