KUNJUNGAN HORMAT GDM KE MAIWP

1 April  2021 – Gabungan Dakwah Malaysia (GDM) telah mengadakan kunjungan hormat kepada Pengerusi Majlis Agama Islam Wilayah Persekutuan (MAIWP) yang baru iaitu YBhg. Datuk Dr Mohd Daud Bakar di pejabat beliau. Kunjungan hormat ini diadakan bertujuan meneruskan usaha-usaha dakwah yang telah dirancang sebelum ini bersama pengerusi MAIWP yang lama iaitu YBhg. Dato’ Sri Syed Hussien Alhabshee disamping memperkenalkan Gabungan Dakwah Malaysia (GDM).

Ziarah ini telah diketuai oleh YBhg. Ir Hj Wan Ahmad Nizar Bin Zakaria, Pengerusi GDM bersama-sama Hj Abdul Rahman Bin Kassim, Ketua Pegawai Eksekutif dan beberapa orang ahli jawatankuasa GDM.

Kunjungan hormat ini telah dimulakan dengan memperkenalkan Gabungan Dakwah Malaysia dan tujuan kunjung hormat ini. Seterusnya diteruskan dengan pembentangn Hj Abdul Rahman Bin Kassim, Ketua Pegawai Eksekutif GDM tentang Pelan Dakwah Kebangsaan.

Sesi perbincangan dan bertukar-tukar pandangan turut diadakan agar kolaborasi antara MAIWP dan GDM dapat diadakan dengan lebih komprehensif. Alhamdulillah beberapa cadangan dan keputusan telah diperolehi dari perbincangan tersebut.

Semoga kunjungan ini membuka peluang lebih luas lagi dalam memperbanyakkan aktiviti dakwah seterusnya melonjakkan lagi dakwah di Malaysia khususnya di Wilayah Persekutuan.

#GabunganDakwahMalaysia

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *