ZIARAH MAHABBAH KE GDM MELAKA

13 Julai 2021 – Gabungan Dakwah Malaysia Pusat yang terdiri daripada Hj. Wan Ahmad Nizar Zakaria; Pengerusi GDM Pusat, Pn. Che Anizah, Timb. Pengerusi; En. Abdul Ghaffar, Ketua Pegawai Eksekutif; beberapa orang ahli jawatankuasa GDM dan staf GDM telah mengadakan Ziarah Mahabbah ke GDM Cawangan Melaka secara maya.

Ziarah ini diadakan bertujuan untuk mengukuhkan lagi hubungan antara GDM Pusat dengan GDM Cawangan Melaka dan menyusun semula hala tuju GDM di peringkat negeri. Antara perbincangan ziarah adalah sesi suai kenal antara GDM Pusat dan GDM Cawangan Melaka, pembentangan pelan strategik dan pelaksanaannya seterusnya perbincangan sekitar isu dakwah di Melaka.

Pihak GDM Pusat mengucapkan ribuan terima kasih kepada Tuan Hj. Shahrin, Pengerusi GDM Cawangan Melaka; En. Abdul Rashid, Timb. Pengerusi, Pn. Latifah, Setiausaha dan beberapa Ahli Jawatankuasa GDM Cawangan Melaka kerana sudi menerima ziarah ini.

Semoga ziarah ini memantapkan lagi kesatuan antara NGO-NGO dakwah dalam pejuangan dan kerjasama mengembangkan dakwah di Malaysia seterusnya hidayah Allah sampai keseluruh masyarakat di Malaysia.

#GabunganDakwahMalaysia

#ZiarahMahabbah

#GDMMelaka