GABUNGAN DAKWAH MALAYSIA PERKASAKAN MUALAF SABAH 2022

This image has an empty alt attribute; its file name is IMG_5610-1024x683.jpg

30 Oktober 2022 (Ahad) – Alhamdulillah, Gabungan Dakwah Malaysia (GDM) dan juga Gabungan Dakwah Malaysia Negeri Sabah telah berjaya menganjurkan Program Pemerkasaan Mualaf Sabah 2022 yang diadakan di Tun Sarakan Ballroom Raia Hotel Kota Kinabalu, Sabah. Program ini telah dihadiri lebih 100 orang mualaf khususnya bagi negeri Sabah. Program ini adalah anjuran bersama Majlis Ugama Islam Sabah(MUIS) dan Amanah Ikhtiar Malaysia (AIM), dengan kerjasama daripada NGO-NGO naungan GDM Sabah iaitu Hidayah Centre Foundation (HCF), Malaysian Chinese Muslim Association (MACMA), Pertubuhan Kadazan Dusun Murut Muslim SeMalaysia (PKDMMS), Pertubuhan IKRAM Negeri Sabah, Tarbiyatun Nisa’, Pertubuhan Kebajikan Saudara Kita Kota Kinabalu (SAHABAT) dan Yayasan Islam Sabah.

Tujuan utama program ini adalah untuk memberi motivasi kepada mualaf supaya mampu berdikari dan mampu menjana pendapatan sendiri di samping meningkatkan kefahaman asas agama Islam. Oleh itu, GDM telah menjemput panel-panel berpengalaman dari pelbagai agensi yang dapat membantu pemerkasaan mualaf dan juga membuka ruang-ruang bantuan dan sokongan yang disediakan buat mereka.

This image has an empty alt attribute; its file name is IMG_5991-1024x683.jpg
This image has an empty alt attribute; its file name is IMG_5661-1024x683.jpg

Tujuan utama program ini adalah untuk memberi motivasi kepada mualaf supaya mampu berdikari dan mampu menjana pendapatan sendiri di samping meningkatkan kefahaman asas agama Islam. Oleh itu, GDM telah menjemput panel-panel berpengalaman dari pelbagai agensi yang dapat membantu pemerkasaan mualaf dan juga membuka ruang-ruang bantuan dan sokongan yang disediakan buat mereka.

Program ini dimulakan dengan ucapan alu-aluan YBrs Datuk Dr Mingu Jumaan, Pengerusi Gabungan Dakwah Malaysia Cawangan Negeri Sabah dan seterusnya program dirasmikan oleh YBhg Datuk Haji Saifulzaman bin Sangul, Pengarah Jabatan Hal Ehwal Agama Islam Negeri Sabah. Dalam ucapan perasmian, beliau banyak menyebutkan tentang permerkasaan ekonomi dan mengajak semua peserta menjadi orang yang memahami Islam sepenuhnya sehingga dapat menyumbang pada Agama. Di akhir ucapan, beliau mengajak seluruh hadirin bersama-sama mengaminkan doa yang beliau bacakan khas untuk mualaf yang hadir.

Terdapat 7 slot yang padat telah dilaksanakan bagi memberi penerangan dalam memperkasakan mualaf. Slot 1 dimulakan dengan Sesi Bersama Majlis Ugama Islam Sabah (MUIS) oleh YBhg Ust Safruddin bin Manshuruddin, Penolong Setiausaha Kanan Sektor Agihan Bahagian Zakat & Fitrah Majlis Ugama Islam Sabah (MUIS). Pelbagai bentuk bantuan dan sokongan kepada mualaf oleh MUIS telah disebutkan dalam Slot 1 ini.

Slot 2 disampaikan oleh YBhg Tuan Haji Selabi Mohammad, Ketua Unit Penyeliaan YaPEIM Negeri Sabah.

Slot 3 adalah sesi bersama Lembaga Tabung Haji yang disampaikan oleh YBhg Tuan Haji Abdul Samat@ Musa bin Mansur, Pengurus Tabung Haji Cawangan Kota Kinabalu. Beliau mengajak semua peserta untuk tanamkan azam menunaikan haji di Makkah dan untuk langkah terawal adalah perlu buka akaun dan menabung sehingga boleh mendaftar untuk menunaikan haji.

Sebelah petangnya disambung dengan slot 4 iaitu Sesi Motivasi oleh Hendrysonroy@ Muhammad Irfan Bin Abdullah. Beliau merupakan Eksekutif Khas CEO KDMRS Muslim dan Pegawai MEDIA Jabatan Hubungan Stretegik KDMRS Muslim. Beliau pernah diundang menjadi tetamu jemputan di Nasional FM, IKIM FM, Zayyan FM. Beliau menyuntik motivasi dan semangat kepada para peserta untuk berusaha mengambil pelbagai peluang yang disediakan oleh pelbagai pihak dan memajukan diri dan keluarga dalam bidang ekonomi agar dapat pula membantu orang lain. Beliau juga mengajak para peserta untuk berdakwah.

This image has an empty alt attribute; its file name is IMG_5858-1024x683.jpg

Slot 5 pula sesi bersama Amanah Ikhtiar Malaysia (AIM) yang disampaikan oleh En Jahinin bin Siman, Pengurus Kanan Wilayah Sabah. Penyampaiannya sangat membuka mata para peserta untuk memajukan diri. Beliau telah kongsikan pelbagai jenis pinjaman mikro yang boleh dipohon oleh mualaf wanita. AIM juga mempunyai sistem sokongan yang membantu peminjam untuk terus meningkatkan perniagaan dan sentiasa mampu untuk membuat pulangan pinjaman.

Program kali ini turut diserikan dengan adanya persembahan nasyid yang sampaikan oleh Kumpulan Nasyid Asy-Syahadah daripada NGO SAHABAT.

Slot 6, sesi bersama FAMA Negeri Sabah yang disampaikan oleh YBhg Tuan Haji Lizal bin Buang, Penolong Pegawai Ehwal Ekonomi selaku Ketua Unit Pemasaran Makanan (Industri Asas Tani), Dalam slot ini peserta didedahkan tentang peluang mendalami bidang perniagaan dan pemasarang barang keperluan asas tani.

This image has an empty alt attribute; its file name is IMG_5614-1024x683.jpg

Slot 7, slot terakhir program diisi oleh Ko-Nelayan yang disampaikan oleh En Saleh Hj Obong, Penolong Pengurus Besar Bahagian Perancangan dan Pembangunan Strategik & menyandang jawatan sebagai Yang Dipertua Badan Kebajikan Kakitangan Islam Ko-Nelayan Sabah (BAKIK). Beberapa peluang peningkatan kemahiran dikongsikan kepada peserta untuk mereka dan ahli keluarga mereka sertai.

Majlis penutup telah disempurnakan oleh YBhg Tn Haji Ir. Wan Ahmad Nizar bin Zakaria, Pengerusi Gabungan Dakwah Malaysia (Pusat). Dalam ucapan beliau, beliau berharap GDM Negeri Sabah dapat mengusahakan agar program seperti ini dapat juga dilaksanakan di setiap daerah di seluruh negeri Sabah. Beliau juga menyucapkan tahniah kepada semua yang terlibat dalam menjayakan program ini.

Program kali ini mendapat tajaan MUIS, Amanah Ikhtiar Malaysia (AIM) dan Malik Streams Corporation. Terima Kasih kepada semua pihak yang telah menjayakan program ini. Semoga usaha ini diberkati dan dapat memberikan banyak kebaikan kepada mualaf dan juga memperkasakan mereka, lalu meningkatkan profil mualaf di mata keluarga dan kaum mereka di masa hadapan.

Penghargaan dan ucapan ribuan terima kasih kepada institusi yang menjayakan program ini.

1. Majlis Ugama Islam Sabah (MUIS)

2. Amanah Ikhtiar Malaysia (AIM)

3. Lembaga Tabung Haji

4. Ko-Nelayan

5. Yayasan Pembangunan Ekonomi Islam Malaysia (YaPEIM)

6. Lembaga Pemasaran Pertanian Persekutuan (FAMA)

7. NGO-NGO Naungan GDM Sabah.

– Hidayah Centre Foundation Negeri Sabah

– MACMA Sabah- IKRAM Sabah

– Tarbiatun Nisa’

– Pertubuhan Kebajikan Saudara Kita (SAHABAT)

– Pertubuhan Kadazan Dusun Murut Muslim SeMalaysia (PKDMMS)

– Yayasan Islam Sabah.

Page Settings

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *