Kempen Kenalkan Nabi Muhammad S.A.W

Sempena bulan Maulidurrasul ini, Gabungan Dakwah Malaysia dengan kerjasama Majlis Agama Islam Wilayah Persekutuan (MAIWP) menganjurkan Kempen Kenalkan Nabi Muhammad SAW bermula 23 September hingga 31 Oktober 2022.

Kempen ini bertujuan mengajak semua umat Islam agar memperkenalkan Nabi Muhammad SAW kepada kenalan Bukan Islam mereka.

Pelbagai aktiviti dijalankan seperti ceramah, forum, memasang banner, sebaran fliers, Harmony Outreach (street dakwah), pertandingan foto, pameran dan sebagainya. Kongsikan pautan berikut kepada kenalan bukan Islam anda.

Selain itu juga Gabungan Dakwah Menganjurkan Pertandinagan Foto Muhibah Maulidurrasul, Gabungan Dakwah Malaysia mengajak seluruh masyarakat sertai Pertandingan ini dengan hanya menghantar gambar bersama rakan Bukan Islam dengan kapsyen menyatakan akhlak baik Nabi Muhammad SAW yang ada pada kenalan Bukan Islam tersebut dan rebut peluang MENANGI hadiah wang tunai! Untuk maklumat lanjut dan pendaftaran penyertaan, sila ikuti link berikut:

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *