Program Pemerkasaan Mualaf Kedah

Alhamdulillah, selesai sudah Program Pemerkasaan Mualaf Kedah pada hari Ahad 21 Ogos 2022 anjuran Gabungan Dakwah Malaysia (GDM) dengan kerjasama Lembaga Zakat Negeri Kedah (LZNK). Program itu telah berlangsung di Dewan Dato’ Shaikh Mahmood Naim, Aras 1, Menara Zakat Alor Setar. Pn Che Aniza Mohd Zain selaku Ketua Sekretariat program melaporkan seramai 98 orang mualaf dan asnaf berbilang kaum telah hadir dari pelbagai daerah.

Majlis dimulakan dengan ucapan alu-aluan oleh Dr Mohamad Nasir Othman, Pengerusi Gabungan Dakwah Malaysia Cawangan Negeri Kedah. Beliau memperkenalkan Gabungan Dakwah Malaysia dan aktivitinya kepada para peserta.

Lima sesi pembentangan telah dibuat oleh:

  1. Ustaz Abdul Hadi bin Abd Majid

Ketua Jabatan Agihan dan Pembangunan Asnaf LZNK,

2) Tuan Haji Aminul Radziff bin Amirusham

Pengurus Tabung Haji, Cawangan Guar Chempedak,

3) Encik Salimin Rejab

Timbalan Pengurus Wilayah, Amanah Ikhtiar Negeri Kedah

4) Encik Isa bin Hamzah

Pengarah FAMA Negeri Kedah,

5) Encik Saiful Azmi Omar

Timbalan Pengarah GIATMARA Negeri Kedah.

Program menjadi lebih bermakna apabila Puan Nur Safiyya Chua Chy Ren, Pensyarah Albukhary International University, telah mengisi sesi motivasi yang menyentuh hati para peserta.

Pada majlis perasmian penutup, Tn Haji Ir. Wan Ahmad Nizar Bin Zakaria selaku Pengerusi Gabungan Dakwah Malaysia, telah berkongsi wawasan GDM yang utama iaitu membudayakan dakwah masyarakat majmuk dalam kalangan orang Islam Malaysia. Perasmian penutup telah dilaksanakan oleh Dato’ Syeikh Haji Zakaria bin Othman, Ketua Pengawai Eksekutif LZNK.

Semoga program ini diberkati Allah dan dapat melonjakkan semangat serta membantu para peserta keluar dari kancah kemiskinan.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *