GABUNGAN DAKWAH MALAYSIA PERKASAKAN MUALAF KELANTAN

18 April 2022 (Isnin) – Alhamdulillah, Gabungan Dakwah Malaysia (GDM) dan juga Gabungan Dakwah Malaysia Cawangan Kelantan telah berjaya menganjurkan Program Pemerkasaan Mualaf 2022 yang diadakan di Hotel Grand Grand River View. Program ini yang dihadiri lebih 50 orang mualaf khusus bagi negeri Kelantan. Program ini adalah anjuran bersama Majlis Agama Islam dan Adat Istiadat Melayu Kelantan (MAIK) dan Amanah IKhtiar Malaysia (AIM) serta kerjasama daripada NGO naungan GDM Kelantan antaranya Hidayah Centre Foundation Negeri Kelantan (HCF), Malaysian Chinese Muslim Association (MACMA) Kelantan, Pertubuhan Kebajikan Islam Malaysia (PERKIM) Kelantan, Pertubuhan Himpunan Lepasan Institusi Pendidikan Malaysia (Haluan Kelantan), Pertubuhan Ikram Malaysia (IKRAM) Kelantan,, International Islamic Information & Daawah Centre (IIDAC), PERTUBUHAN WADAH PENCERDASAN UMAT MALAYSIA (WADAH) dan Persatuan Muslim India Kelantan (KIMA).

Tujuan utama program ini adalah untuk memberi motivasi kepada mualaf untuk berdikari dan mampu menjana pendapatan sendiri di samping meningkatkan kefahaman asas ilmu agama. Oleh itu, GDM telah menjemput panel-panel berpengalaman dari pelbagai agensi yang dapat membantu pemerkasaan mualaf dan juga membuka ruang-ruang bantuan yang disediakan buat mereka.

Program ini dimulakan dengan ucapan alu-aluan oleh Ir. Hj. Wan Ahmad Nizar Zakaria, Pengerusi GDM Pusat. Dalam ucapan beliau, beliau amat berbesar hati program ini disahut baik oleh GDM Kelantan dan merupakan Negeri pertama yang melaksanakan Program Pemerkasaan Mualaf selepas daripada program Pemerkasaan Mualaf Wanita yang telah dilaksanakan pada bulan Januari oleh GDM Pusat. Beliau berharap program seperti ini akan terus dilaksanakan oleh GDM negeri-negeri yang lain.

Terdapat 6 slot yang padat telah dilaksanakan bagi memberi penerangan dalam memperkasakan mualaf. Slot 1 dimulakan dengan Sesi Bersama Majlis Agama Islam dan Adat Istiadat Melayu Kelantan (MAIK) oleh Ustazah Siti Farahida Fauzi, Pegawai Dakwah Kanan MAIK tentang peranan MAIK kepada mualaf.

Slot 2 disampaikan oleh Haji Mohamad Rosli bin Mustapai, Pengurus Cawangan TH Kota Bharu dengan tajuk Mengapa saya perlu ada akaun Tabung Haji. Penerangan ini adalah bertujuan untuk memberi pendedahan kepada mualaf bagi melaksanakan rukun Islam yang kelima iaitu menunaikan Haji. Hal ini kerana urusan menunaikan haji dikelola oleh Tabung Haji.

Slot 3 adalah sesi motivasi bersama Ustaz Muhammad Syakirin Yuslan, Founder Fitrah HQ dan juga panel TV Al-Hijrah. Sesi bersama ustaz sebagai satu suntikan motivasi dan semangat kepada para peserta, marilah kita berusaha untuk melakukan apa-apa sekalipun, namun janganlah tinggalkan Allah dalam setiap urusan kita.

Sebelah petangnya disambung dngan slot 4 iaitu Sesi Bersama Amanah Ikhtiar Malaysia (AIM) oleh PuanMahabbah Nur Mustafa. Penolong Pengurus Wilayah AIM Wilayah Kelantan. Beliau telah kongsikan pelbagai jenis pinjaman mikro yang boleh dipohon oleh mualaf khususnya wanita. AIM juga mempunyai sistem sokongan yang membantu peminjam untuk terus meningkatkan perniagaan dan sentiasa mampu untuk membuat pulangan pinjaman.

Slot 5, Sesi Bersama GIATMARA oleh Pengarah GIATMARA Kelantan mengernai peluang-peluang latihan kemahiran dan keusahawanan yang disediakan oleh GIATMARA..Slot terakhir iaitu slot 6 sesi tazkirah ramadan oleh Ustaz Saufi Bin Haji Abdullah, Pensyarah KIAS. Ustaz menerangkan ciri-ciri mereka yang bertaqwa asbab daripada berpuasa. Ini sebagai dorongan kepada mualaf yang menghadapi pelbagai cabaran dalam menjalankan ibadah puasa selama sebulan. .Majlis penutup telah disempurnakan oleh Tuan Hj Murtadha Hj Abdullah, Ketua Pegawai Agama, MAIK. Mewakili YBhg Tuan Haji Zulkifle Abd Rahman, Timbalan Yang Di-Pertua MAIK. Dalam ucapan beliau, beliau menyokong usaha-usaha yang telah dijalankan bagi memperkasakan mualaf di Negeri Kelantan. Para peserta juga telah disediakan juadah berbuka puasa yang ditaja oleh Amanah Ikhtiar Malaysia (AIM) di dalam majlis ini. Terima Kasih kepada semua pihak yang telah menjayakan program ini. Semoga usaha ini diberkati dan dapat memberikan banyak kebaikan kepada mualaf dan juga memperkasakan mereka, lalu meningkatkan profil mualaf di mata keluarga dan kaum mereka di masa hadapan.

Penghargaan dan ucapan ribuan terima kasih kepada institusi yang menjayakan program ini.

1. Majlis Agama Islam dan Adat Istiadat Melayu Kelantan (MAIK)
2. Amanah Ikhtiar Malaysia (AIM)
3. Lembaga Tabung Haji
4. GIATMARA
5. Perkim Negeri Kelantan
6. NGO-NGO Naungan GDM Kelantan – Hidayah Centre Foundation Kelantan – MACMA Kelantan – IKRAM Kelantan- HALUAN- WADAH- IIDAC- KIMA – ABIM

#GDMKELANTAN

#PPMK2022