PERJANJIAN PERSEFAHAMAN ANTARA GABUNGAN DAKWAH MALAYSIA & LET’S QURBAN

13 April, – Selesai majlis menandatangani memorandum persefahaman (MoU) di antara Gabungan Dakwah Malaysia (GDM) & Let’s Qurban. Majlis ini telah dihadiri oleh Pengerusi GDM, Timbalan GDM, Exco GDM dan Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) bersama Let’s Qurban dan juga wakil-wakil kakitangan kedua belah pihak.

Tuan Haji Ir. Wan Ahmad Nizar Zakaria , Pengerusi Gabungan Dakwah Malaysia dalam ucapannya mengalu-alukan jalinan kerjasama yang dijalinkan ini dalam memastikan Projek Wakaf Qurban 2022 dapat dilaksanakan berterusan dalam membantu usaha menyantuni Mualaf. Tuan Azroi, mewakili Ketua Pegawai Eksekutif Let’s Quran juga berbesar hati menjalinkan kerjasama ini dalam usaha memertabatkan ekonomi umat Islam sekaligus membantu usaha menyampaikan Islam dan santunan mualaf yang dijalankan GDM.

Perjanjian memorandum persefahaman (MoU) ini telah ditandatangani oleh Tuan Haji Ir. Wan Ahmad Nizar Zakaria, dan Tuan Azroi, mewakili Ketua Pegawai Eksekutif Let’s Quran. Majlis turut disaksikan oleh Puan Che Aniza Mohd Zain ,Timbalan Pengerusi GDM dan En Azhari Suhaimi.

Jalinan kerjasama ini telah membuka peluang seluas-luasnya buat seluruh masyarakat yang ingin menjalankan ibadah Quran bersama Gabungan Dakwah Malaysia dalam usaha menyampaikan Islam dan santunan mualaf yang dijalankan oleh NGO-NGO naungan GDM. InsyaAllah, segala sumbangan yang diberikan akan berkekalan malahan berganda-ganda lagi seiring dengan usaha dakwah yang dijalankan oleh GDM di seluruh Malaysia.

#GabunganDakwahMalaysia

#LetsQurban