PELANCARAN KEMPEN KENALI AL-QURAN 2022

1 April 2022- Alhamdulillah, Gabungan Dakwah Malaysia telah melancarkan Kempen Kenali Al-Quran 2022 baru-baru ini.

Pelancaran telah dirasmikan oleh YBhg. Che Khalek Bin Abdullah, Ketua Penolong Pengarah Bahagian Pengurusan Masjid, Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan (JAWI) mewakili YBhg. Datuk Haji Mohd Ajib bin Ismail, Pengarah Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan (JAWI) bertempat di Masjid Al-Imam Al-Ghazali, Bandar Menjalara, Kepong.

Pelancaran dimulakan dengan tazkirah jumaat oleh Tuan Haji Kamarul Zaman Al Widuri dengan tajuk Kenali Al-Quran, Kenalkan Al-Quran.

Gabungan Dakwah Malaysia (GDM) menjemput masyarakat Malaysia pelbagai kaum dan agama untuk mengenali Al-Quran melalui Kempen Kenali Al-Quran sepanjang bulan Ramadan 2022 ini.

———–

JOM SUBURKAN HARTA DENGAN BERSEDEKAH. Ayuh…. ❗❗❗.Sampaikan sumbangan tuan/puan di:

📌https://infak.dakwah.org.my/danagdm/

Atau salurkan ke :

GABUNGAN DAKWAH MALAYSIA
Bank Rakyat No Akaun ( 1100043479 )

#GabunganDakwahMalaysia
#KongsiPahala