Kunjungan Hormat GDM ke Institut Kefahaman Islam Malaysia (IKIM)

22 Mac 2022 (Selasa) – Gabungan Dakwah Malaysia (GDM) meneruskan langkah mencapai misi dan visi GDM menerusi jaringan dan kerjasama dengan Institut Kefahaman Islam Malaysia (IKIM) semalam.
.
GDM yang diwakili oleh Ir. Hj Wan Ahmad Nizar Bin Zakaria, Pengerusi GDM bersama beberapa orang exco. Manakala pihak IKIM dihadiri oleh Ketua Pengarah IKIM sendiri iaitu Prof. Madya Dr. Mohamed Azam bin Mohamed Adil.
.
Pihak GDM mengucapkan ribuan terima kasih kepada pihak IKIM atas kesudian menerima kunjungan dan menyambut baik usaha-usaha yang dibentangkan. Mudah-mudahan melalui hubungan ini akan dapat menyemarakkan lagi usaha dakwah dan santunan mualaf seterusnya menjadi ikon dakwah dalam masyarakat.
.
……………………………………………………………………
Berkongsi Pahala❗
…………………………………………………………………….
.
Sampaikan sumbangan tuan/puan di:
📌 https://infak.dakwah.org.my/danagdm/
.
Atau salurkan ke :
.
GABUNGAN DAKWAH MALAYSIA
Bank Rakyat No Akaun ( 1100043479 )
.