19 Januari 2022 (Rabu) – Gabungan Dakwah Malaysia (GDM) yang diketuai oleh Ir. Hj. Wan Ahmad Nizar Zakaria, Pengerusi GDM telah mengadakan kunjung hormat ke Ibu Pejabat Amanah Ikhtiar Malaysia (AIM). Turut hadir bersama Pn. Che Anizah Mohd Zain, Timb. Pengerusi; En. Abdul Ghaffar Muhamad Sharif, Ketua Pegawai Eksekutif dan En. Ahmad Shiham Sukhri, Setiausaha Agung.
Kunjungan hormat ini disambut mesra oleh En. Mohamed Shamir Bin Abdul Aziz, Pengarah Urusan Amanah Ikhtiar Malaysia (AIM).
Tujuan utama kunjungan ini diadakan untuk mengadakan kerjasama dalam membangunkan golongan mualaf wanita khususnya dalam keusahawanan agar mereka dapat berdikari dan menjana pendapatan sendiri.
GDM juga turut menjemput pihak AIM untuk membuat perkongsian tentang peluang-peluang & bantuan yang ditawarkan oleh pihak AIM dalam Program Pemerkasaan Mualaf Wanita anjuran GDM yang akan diadakan pada 22 Januari 2022 (sabtu) nanti.
Pihak GDM mengucapkan ribuan terima kasih kepada pihak AIM atas kesudian menerima kunjungan dan menyambut baik usaha-usaha yang dibentangkan oleh kami. Mudah-mudahan melalui hubungan ini akan dapat menyemarakkan lagi usaha dakwah dan santunan mualaf seterusnya menjadi ikon dakwah dalam masyarakat.
…………………………………………………………………….
Berkongsi Pahala
……………………………………………………………………..
Sampaikan sumbangan tuan/puan di:
https://infak.dakwah.org.my/dana-aktiviti-gdm/
Atau salurkan ke :
GABUNGAN DAKWAH MALAYSIABank Rakyat No Akaun ( 1100043479 )