Pada Sabtu 22 Ogos 2026, Gabungan Dakwah MalaysiaGDM) telah mengadakan Majlis Pelancaran Kempen Kenalkan Nabi Muhammad SAW(KKNM) sempena Bulan Maulidur Rasul, di Masjid India, Kuala Lumpur. Pelancaran telah disempurnakan oleh Tuan Haji Jamali bin Mohd Adnan, Timbalan Pengarah JAWI, bahagian Operasi. Majlis telah berjalan sempurna dengan kerjasama NGO Jam’iyah
Objektif Kempen:
1. Mengajak umat Islam mengamalkan akhlak mulia Rasulullah SAW serta berdakwah dengannya.
2. Membangkitkan kesedaran dalam kalangan umat Islam untuk berkongsi kemuliaan peribadi dan akhlak Nabi Muhammad SAW kepada masyarakat bukan Islam.
3. Memperkenalkan Nabi Muhammad SAW kepada masyarakat majmuk Malaysia sebagai contoh ikutan dalam semua aspek kehidupan seharian.