Pada pagi Selasa 25 Ogos 2026 bersamaan 12 Rabiulawal 1448H, Gabungan Dakwah Malaysia (GDM) telah bersama-sama mengendalikan acara Explorace Jelajah Masjid anjuran PERKIM Datuk Keramat sempena Karnival Maulidur Rasul yang telah diadakan di Masjid Nurul Islam, Ampang Hilir. Seramai hampir 80 orang tetamu Bukan Islam telah menyertai acara Explorace yang melibatkan 7 Check Point di dalam dewan solat masjid dan di sekitar masjid. GDM telah dibantu oleh Hidayah Centre Foundation, sebuah NGO ahli GDM.
GDM juga telah menyediakan bahan pameran Kenali Nabi Muhammad SAW. Peserta gembira mendapat pelbagai ilmu tentang aktiviti orang Islam di masjid dan dapat pula mengetahui pelbagai akhlak mulia Nabi Muhammad SAW yang mereka boleh contohi dalam kehidupan seharian.