18 Ogos 2026 | Ketua Pegawai Eksekutif Gabungan Dakwah Malaysia (GDM), Tn Hj Abdul Ghaffar Muhamad Sharif, telah diundang ke konti IKIMfm untuk mengisi slot ISLAM AGAMAKU. Beliau telah menyampaikan tajuk ‘Kenali Nabi, Contohi Nabi, Kenalkan Nabi’ sambil mengajak semua umat Islam Malaysia memperkenalkan Nabi Muhammad (SAW) kepada Bukan Islam kenalan masing-masing, bagi memeriahkan Kempen Kenalkan Nabi Muhammad SAW(KKNM) anjuran GDM sempena Maulidurrasul.