Pada 13 Oktober 2026, Gabungan Dakwah Malaysia (GDM) telah melakukan kunjungan hormat ke Majlis Agama Islam Wilayah Persekutuan (MAIWP), diketuai oleh Pengerusi GDM, Tn. Ir. Hj. Wan Ahmad Nizar Zakaria. Perwakilan GDM telah disambut oleh YBrs. En. Ahmad Saifuddin Hj. Md Tahir selaku Pengurus Kanan Bahagian Agihan Zakat MAIWP.
GDM telah menyuarakan pandangan dalam hal polisi, dasar, program, dana dan usaha pengukuhan dakwah. Beberapa idea menarik telah lahir hasil daripada pertemuan tersebut untuk melonjakkan kerjasama dalam dakwah masyarakat majmuk dan sokongan kepada golongan mualaf.
Pihak Bahagian Agihan Zakat telah bersetuju untuk mengedarkan Jadual Kelas Bimbingan Mualaf Kuala Lumpur, yang telah disusunkan oleh GDM, kepada semua cawangan Pusat Agihan Zakat MAIWP.
Kunjungan Hormat GDM ke Majlis Agama Islam Wilayah Persekutuan (MAIWP)

