Majlis Iftar Amal GDM

25 Mac 2023 | Alhamdulillah Majlis Iftar Amal Gabungan Dakwah Malaysia peringkat Pusat telah berlangsung dengan jayanya di Dewan Kasturi, Hotel Grand Barokah. Kehadiran sekitar 100 peserta yang hadir pada tahun ini. Pelbagai NGO serta egensi bersama-sama menjayakan majlis ifta tahun ini.
 
 
Istimewanya jamuan kali ini, bersempena dengan Kempen Kenalkan Al-Quran kita bawakan panel-panel hebat yang biasanya bersiaran di corong radio seperti di IKIM FM, beliau ialah Prof Madya Dr Mohd Arip Kasmo, Mantan Pensyarah UKM dan juga Dr. Shaikh Mohd Saifuddeen bin Shaikh Mohd Salleh,Pengarah Pusat Kajian Sains & Alam Sekitar (KIAS), IKIM, sesi bual bicara ini juga di kendalikan oleh Dr. Ann Wan Seng, Setiausaha Agung Jam’iyah.


Pihak GDM ingin mengucapkan jutaan terima kasih kepada pihak penyumbang serta mendoakan semoga setiap amalan kita di bulan Ramadan dilipatkali gandakan, amin.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *