MASJID OPEN DAY 2022

27 Ogos 2022, Program yang bertemakan ‘Masjid Pemangkin Keluarga Malaysia Harmoni’ ini mendapat sokongan dan tajaan Majlis Agama Islam Wilayah Persekutuan (MAIWP) dan dianjurkan bersama NGO-NGO naungan GDM seperti Hidayah Centre Foundation (HCF), MACMA, IKRAM, ISUFOM dan lain-lain.

Antara aktiviti yang dijalankan sepanjang program berlangsung ialah Jelajah Masjid, Pemeriksaan Kesihatan percuma, pemeriksaan gigi percuma, pelbagai pameran tentang Islam, dan acara yang dinanti-nantikan adalah cabutan bertuah.Alhamdulillah, sambutan majlis kali ini sangat meriah.

Terdapat beberapa institusi dari rumah ibadah serta pengunjung Bukan Muslim yang hadir, antaranya ialah Persatuan Thien Hou yang diketuai oleh Women Section Head Wong Siew Chin, Gereja Christian Grace Kepong yang diketuai oleh Pastor Gan dan mantan pengerusi Chapel of Christ the Light Kepong serta ramai lagi tetamu yang hadir hasil daripada jemputan secara edaran risalah, undangan bersemuka, mesej Whatsapp dan sebagainya.

Seramai 60 orang asnaf, mualaf dan Bukan Islam turut diraikan dengan menerima sumbangan berupa beras dan barang keperluan asas daripada MAIWP Food Bank dan Gabungan Dakwah Malaysia,Semoga usaha ini dapat memperkenalkan masjid serta membetulkan salah faham terhadap masjid dan Islam.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *