Perjumpaan Mahabbah GDM Pusat dengan GDM Johor

10 Februari 2021 – Alhamdulillah pada hari rabu yang lalu GDM Pusat berkesempatan mengadakan Perjumpaan Mahabbah secara maya bersama GDM Johor.

GDM Pusat telah diketuai oleh Pengerusi GDM Pusat, IR. Haji Wan Ahmad Nizar Zakaria. Turut bersama dalam perjumpaan ini ialah Timbalan Pengerusi GDM, Puan Che Anizah Zain, Ketua Pegawai Eksekutif GDM, Haji Abdul Rahman Kassim, serta empat (4) orang pewakilan GDM Pusat serta dua (2) orang exco GDM iaitu Haji Shahrin dan Dr.Ann Wan Seng. Manakala, GDM Johor telah diketuai oleh Timbalan Pengerusi GDM Johor, Dr.Ghazali Ismail. Turut hadir bersama beberapa orang ahli jawatankuasa GDM Johor.

Perjumpaan ini telah dimulakan dengan ucapan alu- aluan daripada Timbalan Pengerusi GDM Johor diikuti oleh ucapan daripada Pengerusi GDM Pusat. Antara perkara yang ditekannya dalam ucapan Pengerusi GDM Pusat ialah mengenai kepentingan advokasi serta membudayakan amalan berdakwah dalam kalangan masyarakat Islam. Di samping itu, Pengerusi GDM Pusat juga turut memberi penekanan kepada kepentingan Pelan Dakwah Kebangsaan (PDK).Perjumpaan ini telah disusuli dengan sesi taaruf daripada kedua-dua belah pihak.

Seterusnya, sesi pembentangan Pelan Dakwah Kebangsaan dan perancangan GDM Pusat bagi tahun 2021telah dibentangkan oleh Ketua Pegawai Eksekutif GDM, Hj Abdul Rahman Kassim. Perjumpaan diteruskan dengan pembentangan pencapaian GDM Johor bagi tahun 2020 dan perancangan GDM Johor bagi tahun 2021 supaya dijadikan asas panduan kepada perancangan GDM Johor.

GDM Pusat mengucapkan tahniah kepada GDM Johor yang telah ke hadapan dalam beberapa inisiatif. Perjumpaan diakhiri dengan sesi perbincangan antara GDM Pusat dengan GDM Johor.

Diharapkan perjumpaan ini akan dapat mengukuhkan lagi hubungan silaturrahim, mewujudkan kerjasama dan percambahan fikiran antara NGO Dakwah di Malaysia.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *