Mesyuarat Sektor Perancangan Strategik (KRA)

17 Ogos 2020_Mesyuarat Sektor Perancangan Strategik (KRA) di bawah Gabungan Dakwah Malaysia ( GDM ) telah diadakan di Pusat Komuniti IKRAM Ampang Jaya baru – baru ini.

Mesyuarat tersebut telah dirasmikan oleh Tuan Haji Nicholas Sylvester yang merupakan Pengerusi Gabungan Dakwah Malaysia. Dalam ucapan beliau, penekanan bagi perancangan KRA mestilah selari dengan Pelan Dakwah Kebangsaan yang meliputi sebelas elemen utama.

Beliau juga menegaskan agar semua Ahli Jawatankuasa KRA haruslah memainkan peranan dalam merancang usaha dakwah secara bersama.

Turut hadir juga adalah Tuan Haji Abdul Rahman Kassim yang merupakan Ketua Pegawai Eksekutif yang baru dilantik.

Mesyuarat tersebut telah dipengerusikan oleh Encik Harriz Zainal Abidin yang merupakan Ketua Penyelaras bagi KRA di bawah Gabungan Dakwah Malaysia.

#GabunganDakwahMalaysia

#SampaikanIslam

#TanggungjawabBersama

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *