ZIARAH MAHABBAH GDM KE MAIWP

22 Julai – Gabungan Dakwah Malaysia (GDM) telah mengadakan Ziarah Mahabbah ke Majlis Agama Islam Wilayah Persekutuan (MAIWP) bagi mengadakan perbincangan berkaitan dakwah kepada masyarakat majmuk dan santunan saudara baru khususnya di Wilayah Persekutuan.
.
Ziarah ini telah diketuai oleh YBhg. Hj Nicholas Sylvester, Pengerusi GDM bersama beberapa orang ahli jawatankuasa GDM. Sementara pihak MAIWP telah diketuai oleh YBhg. Dato’ Sri Syed Hussien Alhabshee, Pengerusi MAIWP .
.
Pihak MAIWP amat berbesar hati untuk melihat kerjasama di antara NGO-NGO di negara ini untuk menganjurkan program dan aktiviti yang berguna bagi masyarakat khususnya di Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur.
.
Pihak MAIWP juga turut memperkenalkan satu Aplikasi Mobile Jejak Asnaf atau secara ringkasnya MoJA. MoJA merupakan aplikasi mudah alih bagi memudahkan orang awam melaporkan asnaf yang memerlukan bantuan kepada Skuad Jejak Asnaf Baitulmal MAIWP pada bila-bila masa dan di mana-mana sahaja.
.
Sesi perbincangan dan bertukar-tukar pandangan turut diadakan bagi percambahan idea agar kolaborasi program dapat diadakan dengan lebih komprehensif lagi di masa akan datang. InsyaAllah
.
Semoga ziarah mahabbah ini, membuka peluang lebih luas lagi pelaksanaan program-program dakwah dan agar keindahan Islam dapat dinikmati semua.
.
#GabunganDakwahMalaysia

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *