Pesanan Menjelang Ramadhan 1441 H

Assalamualaikum warahmatullah wabarakatuh

Saya Hj Nicholas Sylvester, Pengerusi Gabungan Dakwah Malaysia mengharapkan anda semua di bawah lembayung rahmat dan pemeliharaan Allah SWT. Selamat bertemu bulan Ramadhan Al Mubarak.

Kami di Gabungan Dakwah Malaysia mengucapkan selamat berpuasa dan beramal ibadah.

Harapan kami ialah semua NGO di dalam gabungan mengingatkan ahli-ahli dengan pesanan berlumba-lumba mendapatkan kebaikan di bulan yang mulia ini, sebagaimana Firman Allah SWT dalam Surat Ali ‘Imran Ayat 133:

maksudnya: Dan bersegeralah kamu kepada ampunan dari Tuhanmu dan kepada surga yang luasnya seluas langit dan bumi yang disediakan untuk orang-orang yang bertakwa,

Juga kita  ingatkan ahli kita untuk terus mengikut pesanan dari KKM mengenai penunaian tanggungjawab kita  terhadap agama dan negara menghadapi Covid19. Kita pesan kepada ahli kita untuk mengikuti arahan kerajaan di dalam menghadapi isu ini.

Kita galakkan ahli-ahli kita untuk beramal ibadah membina hubungan dengan Allah hablumminallah, juga kita ingatkan mereka untuk menambahkan hablummunnaas kebaikan hubungan dengan manusia.

Nabi SAW bersabda:

maksudnya: Sebaik-baik manusia ialah yang paling baik kepada manusia lain.

Sekian, wabillahittaufik wal hidayah, wassalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh

Hj Ncholas Sylvester
Pengerusi
Gabungan Dakwah Malaysia

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *