Terima kasih buat semua yang menjayakan

Assalaimualakkum warahmatullah wabarakatuh, selesai sudah Majlis Sambutan Aidilfitri Harmoni 2019.

MAJLIS SAMBUTAN AIDILFITRI HARMONI 2019 ini merupakan program tahunan bagi menghimpunkan semua NGO-NGO muslim dalam satu program raya bersama. Majlis Sambutan Aidilfitri Harmoni ini telah dianjurkan sejak tahun 2017 lagi. Pada tahun 2019 ini, ia merupakan penganjuran kali ke 3 Majlis Sambutan Aidilfitri Harmoni.

Tujuan utama program ini diadakan adalah untuk mewujudkan perpaduan dan keharmonian dalam masyarakat majmuk yang pelbagai agama dan kaum di Malaysia.

Saya bagi pihak Gabungan Dakwah Malaysia (GDM) ingin mengucapkan terima kasih tidak terhingga kepada semua rakan penganjur bersama iaitu ANULEA DBKL, ACCIN dan NGO-NGO yang bersama GDM.

Tanpa kerjasama ini sudah tentu majlis tadi tidak dapat dilaksanakan dengan jayanya. Semoga Allah SWT menerima segala amalan kita sebagai amal saleh.

Mohon maaf juga diatas segala kekurangan dan kelemahan pihak kami di dalam melaksanakan tugasan dan peranan kami. Semoga sudi lagi bekerjasama di masa akan datang inshaAllah.

Hj Nicholas Sylvester
Pengerusi
Gabungan Dakwah Malaysia

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *