BENARKAH AL-QURAN ADALAH DARIPADA TUHAN ?

Pernah terfikir, macam mana sebuah buku dari abad ke-7 boleh mengandungi fakta sains yang baru ditemui oleh teknologi moden? Al-Quran bukan sahaja tidak bercanggah dengan sains, malah ia selari dengannya.

 

Antara contohnya:

  • Embrio Manusia: Al-Quran memberi penerangan terperinci tentang peringkat perkembangan bayi dalam kandungan. Para saintis hanya mengesahkannya baru-baru ini.

“Wahai manusia! Jika kamu meragui (hari) kebangkitan, maka sesungguhnya Kami telah menjadikan kamu dari tanah, kemudian dari setitis air mani, kemudian dari segumpal darah, kemudian dari segumpal daging yang sempurna kejadiannya dan yang tidak sempurna…” – Surah Al-Hajj, Ayat 5

 

  • Asal Usul Alam Semesta: Al-Quran menyatakan bintang dan planet terbentuk daripada awan debu. Kini, ini adalah prinsip asas dalam kosmologi moden.

“Kemudian Dia menuju ke langit yang (ketika itu) berupa asap (gas), lalu Dia berfirman kepadanya dan kepada bumi: ‘Datanglah kamu berdua menurut perintah-Ku dengan patuh atau terpaksa.’ Keduanya menjawab: ‘Kami datang dengan patuh.'” – Surah Fussilat, Ayat 11

 

  • Pertemuan Dua Laut: Sains moden menemui wujudnya halangan semula jadi yang memisahkan dua laut yang berbeza suhu, ketumpatan dan kemasinannya. Al-Quran sudah menyebutnya lebih 1,400 tahun lalu.

“Dia biarkan dua laut mengalir (bertemu), lalu di antara keduanya ada batas yang tidak dilampaui oleh masing-masing.” – Surah Ar-Rahman, Ayat 19-20

 

Cabaran Yang Belum Terjawab

Al-Quran mencabar sesiapa sahaja untuk menghasilkan satu surah yang sama dengannya. Walaupun masyarakat Arab pada zaman itu sangat mahir dalam bahasa, mereka tetap gagal. Cabaran ini masih belum terjawab sehingga hari ini.

“Dan jika kamu meragui (Al-Quran) yang Kami turunkan kepada hamba Kami (Muhammad), maka buatlah satu surah yang sama dengannya…” – Surah Al-Baqarah, Ayat 23

 

Tiada Percanggahan Langsung

Biasanya, mana-mana buku tulisan manusia pasti ada kesilapan sama ada ejaan, fakta atau percanggahan dalam cerita. Tapi Al-Quran langsung tidak ada percanggahan, sama ada dalam sains, sejarah atau ramalannya.

“Sekiranya Al-Quran itu bukan daripada Allah, pastinya mereka menemukan banyak hal yang bertetangan dengannya.” – Surah An-Nisa, Ayat 82

 

Kenapa Mustahil Dikarang Oleh Nabi Muhammad (SAW)?

Nabi Muhammad (SAW) dikenali sebagai buta huruf kerana tidak boleh membaca atau menulis. Baginda juga tidak pernah belajar sains atau sejarah secara formal. Jadi, mustahil bagi seorang yang tidak berpendidikan untuk menghasilkan fakta saintifik yang tepat dan cerita sejarah yang terperinci, apatah lagi dengan keindahan bahasanya.

“Al-Quran ini tidak mungkin boleh diada-adakan oleh selain daripada Allah…” – Surah Yunus, Ayat 37

 

Kesimpulannya

Al-Quran bukanlah sekadar kitab agama. Ia adalah dokumen yang mengandungi keajaiban sains, ketepatan sejarah dan cabaran sastera yang belum tertandingi. Semua ini menunjukkan bahawa ia datang dari sumber yang lebih tinggi dan bukan daripada manusia biasa.

Keajaiban Ilmiah

Kandungan Al-Quran tidak bertentangan dengan sains moden malah menepatinya. Salah satu aspek yang paling luar biasa tentang Al-Quran adalah bahawa ia mengandungi ayat-ayat yang secara tepat menggambarkan fenomena alam dalam pelbagai bidang seperti embriologi, meteorologi, astronomi, geologi dan oseanografi. Para saintis mendapati gambaran serta huraiannya sangat tepat untuk sebuah buku yang berasal dari abad ke-7.

“Kami akan perlihatkan kepada mereka tanda-tanda (kebesaran) Kami di segenap penjuru dan diri mereka sendiri, sehingga jelaslah bagi mereka bahawa Al-Quran itu adalah benar.” – Surah Fussilat, Ayat 53

Sebenarnya, banyak keajaiban yang disebutkan di dalam Al-Quran hanya mula ditemui baru-baru ini melalui kemajuan peralatan teknologi moden. Telitikan maklumat-maklumat berikut:

  • Al-Quran memberikan penerangan terperinci mengenai perkembangan janin (embrio) manusia. Perincian ini tidak diketahui oleh para saintis hinggalah baru-baru ini.
  • Al-Quran menyatakan bahawa objek astronomi (bintang, planet, bulan dan lain-lain) semuanya terbentuk dari awan debu. Sebelum ini ia tidak diketahui, tapi kini telah menjadi prinsip kosmologi moden yang tidak dapat dipertikaikan.
  • Sains moden telah menemui kewujudan halangan yang membolehkan dua laut bertemu namun mengekalkan suhu, ketumpatan dan kemasinannya sendiri.

Tanda-tanda Tuhan ini dinyatakan dengan jelas di dalam Al-Quran lebih daripada 1400 tahun yang lalu.

 Keunikan

Sejak Al-Quran diturunkan, tidak ada seorang pun yang dapat menghasilkan walaupun satu surah seperti Al-Quran, dengan keindahannya, kepetahannya, keagungannya, kebijaksanaannya, ramalannya dan ciri-ciri kesempurnaan yang lainnya.

Orang-orang yang menolak Nabi Muhammad (SAW) gagal menghadapi cabaran ini, walaupun mereka sangat fasih berbahasa Al-Quran. Cabaran ini masih belum terjawab hingga ke hari ini.

“Dan jika meragui (Al-Quran) yang kami turunkan kepada hamba Kami (Muhammad), maka buatlah satu surah yang sama dengannya dan ajaklah penolong- penolongmu selain Allah jika kamu orang-orang yang benar.” – Surah Al-Baqarah, Ayat 23

Tiada Percanggahan

Semasa seseorang menulis, mereka pasti melakukan kesalahan seperti ejaan dan tatabahasa, kenyataan yang bertentangan, fakta yang tidak betul, ketinggalan maklumat, dan lain-lain kesilapan lagi.

Al-Quran tidak mempunyai sebarang percanggahan, sama ada dalam penjelasan saintifik mengenai kitaran air, embriologi, geologi dan kosmologi; fakta dan peristiwa sejarah atau ramalan.

“Sekiranya Al-Quran itu bukan daripada Allah, pastilah mereka menemukan banyak hal yang bertentangan dengannya.” – Surah An-Nisa, Ayat 82

Tidak mungkin Muhammad mengarangnya?

Nabi Muhammad SAW terkenal dalam sejarah sebagai buta huruf; baginda tidak dapat membaca dan menulis. Baginda tidak dididik dalam bidang apa pun, yang dapat menjelaskan ketepatan ilmiah dan sejarah, inikan pula dengan keindahan ayat-ayat Al-Quran. Ketepatan penceritaan sejarah orang-orang terdahulu serta tamadun yang disebut dalam Al-Quran juga terlalu hebat untuk dikarang oleh mana-mana manusia.

“Al-Quran ini tidak mungkin boleh diada-adakan oleh selain daripada Allah…” – Surah Yunus, Ayat 37