KKAQ HIJAU KUNING

Benarkah Al-Quran adalah daripada Tuhan?

Keajaiban Ilmiah

Kandungan Al-Quran tidak bertentangan dengan sains moden malah menepatinya. Salah satu aspek yang paling luar biasa tentang Al-Quran adalah bahawa ia mengandungi ayat-ayat yang secara tepat menggambarkan fenomena alam dalam pelbagai bidang seperti embriologi, meteorologi, astronomi, geologi dan oseanografi. Para saintis mendapati gambaran serta huraiannya sangat tepat untuk sebuah buku yang berasal dari abad ke-7.

“Kami akan perlihatkan kepada mereka tanda-tanda (kebesaran) Kami di segenap penjuru dan diri mereka sendiri, sehingga jelaslah bagi mereka bahawa Al-Quran itu adalah benar.” – Surah Fussilat, Ayat 53

Sebenarnya, banyak keajaiban yang disebutkan di dalam Al-Quran hanya mula ditemui baru-baru ini melalui kemajuan peralatan teknologi moden. Telitikan maklumat-maklumat berikut:

BACA SELANJUTNYA…

Adakah Al-Quran yang ada kini sama dengan yang asal (lebih 1400 tahun dahulu) ?

Pemeliharaan Al-Quran

Al-Quran adalah satu-satu teks suci agama yang telah wujud untuk jangka masa yang panjang, namun tetap asli seperti hari ia diturunkan. Tidak ada ayat penambahan, dikeluarkan atau diubah daripadanya sejak lebih dari 1400 tahun yang lalu.

Bukan sahaja Al-Quran dipelihara dalam bentuk tulisan tetapi juga di dalam hati para lelaki, kanak-kanak dan wanita. Kini, berjuta-juta orang telah menghafalnya.

“Sesungguhnya Kamilah yang menurunkan Al-Quran dan pasti Kami yang memeliharanya.” – Surah Al-Hijr, Ayat 9

Bagaimana kita boleh yakin bahawa Al-Quran yang ada hari ini adalah Al-Quran yang sama yang diajarkan oleh Nabi Muhammad ﷺ kepada para sahabatnya 1400 tahun dahulu? Ini adalah persoalan utama kepada kebenaran agama Islam, dan untuk menjawabnya, kita perlu mengetahui bagaimana Al-Quran diturunkan kepada Nabi ﷺ, dipelihara oleh para sahabatnya, dan diedarkan ke seluruh dunia Islam. Ini adalah sirah, sejarah, dan komitmen seluruh tamadun untuk memelihara firman Tuhan.

BACA SELANJUTNYA…

Mampukah Al-Quran menyatukan manusia pelbagai kaum?

Kepelbagaian kaum, agama, bahasa dan budaya adalah satu kelainan yang ada pada rakyat Malaysia yang sepatutnya dihormati dan diiktiraf keberadaannya. Kata-kata Allah di dalam Al-Quran, Surah Al-Mumtahanah, Ayat 8 :

لَّا يَنۡهَىٰكُمُ ٱللَّهُ عَنِ ٱلَّذِينَ لَمۡ يُقَٰتِلُوكُمۡ فِي ٱلدِّينِ وَلَمۡ يُخۡرِجُوكُم مِّن دِيَٰرِكُمۡ أَن تَبَرُّوهُمۡ وَتُقۡسِطُوٓاْ إِلَيۡهِمۡۚ إِنَّ ٱللَّهَ يُحِبُّ ٱلۡمُقۡسِطِينَ

“Allah tidak melarang kamu daripada berbuat baik dan berlaku adil kepada orang-orang yang tidak memerangi kamu kerana agama (kamu), dan tidak mengeluarkan kamu daripada kampung halaman kamu; sesungguhnya Allah mengasihi orang-orang yang berlaku adil.” Surah al-Mumtahanah, Ayat 8)

Dalam negara rahmah, seluruh rakyat, sebagai warganegara Malaysia berada pada kedudukan sama rata, memiliki hak-hak dan memikul tanggungjawab-tangungjawab seperti warganegara lain, semuanya hidup sebagai anggota kepada satu keluarga besar, bangsa Malaysia.

Setiap kumpulan daripada etnik yang berbeza, agama yang berbeza adalah bebas dalam mengamalkan agama dan kebudayaan masing-masing, berbicara  menggunakan bahasa mereka sendiri selama mana semua mereka mendukung bahasa Melayu sebagai bahasa kebangsaan bagi negara Malaysia.

Kita semua sewajarnya melihat kelainan yang wujud dalam kalangan rakyat Malaysia yang terdiri daripada pelbagai kaum, pelbagai agama, kelainan bahasa dan budaya sebagai satu kelainan yang ada pada rakyat Malaysia yang sepatutnya dihormati dan diiktiraf keberadaannya. Ia adalah fenomena flora dan fauna kemanusiaan rakyat Malaysia.

Ia satu kelainan dan kepelbagaian yang tidak menghalang kepada penyatuan, bukan bahan kepada seruan perkauman yang sempit. Ia adalah sebahagian daripada bukti-bukti kekuasaan Allah SWT, Sang Pencipta yang mampu mencipta manusia dalam kepelbagaiannya berbeza agama, warna, bahasa, bangsa dan budaya, tetapi boleh hidup bersama  dan bergaul secara harmoni.

Adakah Al Quran menepati fakta-fakta ilmu sains masa kini?​

“Kami akan perlihatkan kepada mereka tanda-tanda kekuasaan kami di segenap penjuru dan pada diri mereka sendiri, sehingga jelaslah bagi mereka bahawa Al-Quran adalah benar…” (Surah Fussilat, 41:53)

Al-Quran, kitab suci Islam, adalah kitab panduan Allah bagi umat manusia dan merupakan siri wahyu kepada Nabi Muhammad sebagai Rasul terakhir.

Walaupun Al-Quran (diturunkan lebih daripada 1400 tahun yang lalu) bukannya kitab ilmiah, namun kitab ini mengandungi fakta-fakta sains yang baru sahaja ditemui melalui teknologi canggih dan pengetahuan saintifik. Islam mendorong kajian terperinci dalam ilmu sains kerana memahami hakikat penciptaan akan membolehkan manusia lebih menghargai Pencipta mereka dengan kekuasaan dan kebijaksanaanNya.

Al-Quran diturunkan semasa sains masih primitif; tidak ada teleskop, mikroskop atau sesuatu yang hampir dengan teknologi masa kini. Ketika itu manusia percaya bahawa matahari berputar mengelilingi bumi dan langit disokong oleh tiang di sudut bumi yang rata. Di sebalik latar inilah Al-Quran diturunkan, dengan mengandungi banyak fakta ilmiah mengenai berbagai perkara, dari astronomi ke biologi, dari geologi hingga zoologi.

Beberapa fakta ilmiah yang terdapat dalam Al-Quran termasuklah:

BACA SELANJUTNYA…

AL-QURAN  MANUAL SERBA LENGKAP DALAM PELBAGAI BIDANG KEHIDUPAN MANUSIA

1. Kepentingan Pendidikan dan menuntut Ilmu

Apa kata Al-Quran?

  • Surah Baqarah (2) ayat 269

Allah memberikan Hikmat kebijaksanaan (ilmu yang berguna) kepada sesiapa yang dikehendakiNya (menurut aturan yang ditentukanNya). Dan sesiapa yang diberikan hikmat itu maka sesungguhnya ia telah diberikan kebaikan yang banyak. Baqarah 269

  • Surah Az Zumar (39) ayat 9

“Adakah sama orang-orang yang mengetahui dengan orang-orang yang tidak mengetahui?” Sesungguhnya orang-orang yang dapat mengambil pelajaran dan peringatan hanyalah orang-orang yang berakal sempurna.

  • Surah Al Mujadalah ayat 11

…. supaya Allah meninggikan darjat orang-orang yang beriman di antara kamu, dan orang-orang yang diberi ilmu pengetahuan beberapa darjat. Dan (ingatlah), Allah Maha Mendalam PengetahuanNya tentang apa yang kamu lakukan.

  • Surah Al-‘Alaq 96: ayat 1

Bacalah dengan nama Tuhanmu yang menciptakan. Ia menciptakan manusia dari segumpal darah. Bacalah, dan Tuhanmu Yang Maha Mulia, Yang mengajar (manusia) dengan pena dan tulisan. Ia mengajarkan manusia apa yang tidak diketahuinya.

 BACA SELANJUTNYA…

BAHAN BACAAN

Scientific Miracles in the Quran
Quran Intro Mind Map
A Brief Illustrated Guide To Understanding Islam (Melayu)
Who Wrote The Quran

RISALAH TENTANG KEMPEN

BANNER KEMPEN KENALKAN AL-QURAN

VIDEO KEMPEN KENALKAN AL-QURAN

Kongsikan video kempen ini kepada rakan kenalan  & jiran tetangga anda.

Sebarkan kepada rakan-rakan

Facebook
WhatsApp
Email
Twitter

Ke Laman Utama GDM

Pemeliharaan Al-Quran

Al-Quran adalah satu-satu teks suci agama yang telah wujud untuk jangka masa yang panjang, namun tetap asli seperti hari ia diturunkan. Tidak ada ayat penambahan, dikeluarkan atau diubah daripadanya sejak lebih dari 1400 tahun yang lalu.

Bukan sahaja Al-Quran dipelihara dalam bentuk tulisan tetapi juga di dalam hati para lelaki, kanak-kanak dan wanita. Kini, berjuta-juta orang telah menghafalnya.

“Sesungguhnya Kamilah yang menurunkan Al-Quran dan pasti Kami yang memeliharanya.” – Surah Al-Hijr, Ayat 9

Bagaimana kita boleh yakin bahawa Al-Quran yang ada hari ini adalah Al-Quran yang sama yang diajarkan oleh Nabi Muhammad ﷺ kepada para sahabatnya 1400 tahun dahulu? Ini adalah persoalan utama kepada kebenaran agama Islam, dan untuk menjawabnya, kita perlu mengetahui bagaimana Al-Quran diturunkan kepada Nabi ﷺ, dipelihara oleh para sahabatnya, dan diedarkan ke seluruh dunia Islam. Ini adalah sirah, sejarah, dan komitmen seluruh tamadun untuk memelihara firman Tuhan.

Terpeliharanya keotentikan redaksi Al-Qur’an  tersebut tidak lain karena andil dari Rasulullah SAW dan para sahabatnya serta segenap umat Islam yang lain.

 

Proses Pemeliharaan Al-Qur’an pada Masa Nabi Muhammad SAW

Pemeliharaan Al-Qur’an pada masa Rasulullah dikelompokkan menjadi 2 kategori:

 

Pemeliharaan Al-Qur’an dalam dada

Hal ini sering di sebut pengumpulan Al-Qur’an dalam arti hifzuhu atau menghafalnya dalam hati.Kondisi bangsa arab yang hidup pada masa turunnya Al-Qur’an adalah mereka yang tidak mengenal baca tulis karna itu satu-satunya andalan mereka adalah hafalan.

 

Pemeliharaan Al-Qur’an dengan tulisan

     Walaupun Rasulullah dan para sahabat menghafal Al-Qur’an dengan keseluruhan,guna terpeliharanya kalamullah beliau tidak hanya mengandalkan hafalan tetapi juga tulisan.Setiap turunnya ayat-ayat Al-Qur’an maka Rasulullah memanggil sahabat yang pandai menulis untuk menuliskannya.

 

Pemeliharaan Al-Qur’an pada masa Sahabat

Pemeliharaan Al-Qur’an pada masa Abu Bakar

Berawal dari peperangan yamamah yang menggunakan 70 orang sahabat yang hafidz Qur’an dicermati secara kritis oleh Umar bin Khattab sehingga muncul ide dari beliau dengan mengusulkan  kepada Abu Bakar agar segera mengumpulkan tulisan-tulisan Al-Qur’an yang pernah di tulis pada masa Rasulullah.Semula Abu Bakar keberatan karna itu belum pernah dilakukan pada masa Rasulullah,tetapi Umar berhasil meyakinkan Abu Bakar sehingga dibentuklah tim yang mengumpulkan Al-Qur’an dipimpin oleh Zaid bin Tsabit.Abu Bakar memilih Zaid mengingat kedudukannya dalam qiraat, penulisan, pemahaman, dan kecerdasannya serta dia juga hadir pada saat Rasulullah membacakan ayat-ayat suci Al-Qur’an.Pada saat itu penulisan yang dilakukan sangat diteliti dan atas petunjuk Abu Bakar dan Umar di setiap ayat yang ditulis harus menghadirkan 2 saksi yang adil.Sumber utama penulisan tersebut adalah ayat-ayat yang di hafal oleh para sahabat dan yang ditulis atau dicatat di hadapan Nabi.Hasil kerja yang berupa mushaf Al-Qur’an disimpan oleh Abu Bakar sampai akhir hayat nya.Setelah itu berpindah pada Umar bin Khattab lalu sepeninggal Umar mushaf diambil oleh Hafsah bin Umar.Dari penjelasan diatas telah terperinci bahwa pencetus ide adalah Umar dan Zaid adalah aktor utama dalam penulisan Al-qur’an.

 

Pemeliharaan Al-Qur’an pada masa Utsman bin Affan

Ketika terjadi perang Armenia dan Azarbaijan diantara orang yang ikut menyerbu 2 kota adalah Khuzaifah bin Al-Yaman.Ia menemukan cara yang berbeda-beda dalam membaca Al-Qur’an bahkan sebagian ada yang bercampur qiraat yang salah.Melihat keadaan yang memprihatinkan ini Khuzaifah segera melaporkan kepada khalifah Utsman bin Affan tentang sesuatu yang dilihatnya.Utsman segera mengundang para sahabat untuk musyawarah.Akhirnya sepakat agar mushaf Abu Bakar disalin kembali menjadi beberapa rujukan apabila terjadi perselisihan tentang cara membaca Al-Qur’an.Kemudian Utsman menunjuk beberapa sahabat yakni Zaid bin Tsabit,Abdullah bin zubair,Said bin Ash dan Abdul Rahman bin Haris bin Hisyam.Hasilnya adalah terwujud 4 mushaf standar.Tiga diantaranya dikirim ke Syam, Kufah, dan Basrah.Agar persoalan silang pendapat mengenai bacaan dapat diselesaikan maka Utsman memerintahkan semua mushaf yang berbeda di bakar.Dengan usahanya itu Utsman telah berhasil menghindarkan timbulnya fitnah dan mengikis sumber perselisihan serta menjaga Al-Qur’an dari prubahan dan penyimpangan pada sepanjang zaman.Mushaf inilah yang menjadi rujukan sampai pada zaman sekarang.

 

Pemeliharaan Al-Qur’an pada zaman sekarang

Meskipun Al-Qur’an telah dibukukan pada masa Utsman bin Affan dan umat Islam meyakini bahwa di dalamnya tidak ada perubahan dari apa yang Rasulullah terima.Namun orang orientalis masih saja ada yang meragukan keontetikan Al-Qur’an.Diantara mereka ada yang mencoba melakukan perubahan terhadap isi Al-Qur’an serta merubah dengan huruf yang mirip sehingga berubah arti dan maknanya.Dengan mengetahui secara mendalam tentang pengumpulan Al-Qur’an serta memeliharanya dengan menghafal dan memahami maknanya,maka kita akn menjadikannya pedoman yang diyakini kebenarannya.

 

Manfaat Pemeliharaan Al-Qur’an

Ada beberapa manfaat yang dapat diambil oleh umat manusia dengan terpeliharanya Al-Qur’an yaitu:

 

Al-Qur’an menjadi satu-satunya kitab suci yang sama sekali redaksinya tidak pernah mengalami perubahan.

Terpeliharanya keontetikan Al-Qur’an menjadikannya sumber utama dalam ajaran islam.

 

  •